Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmat-Nya, portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ini masih terus dapat memberikan khidmat khususnya kepada pembayar cukai yang budiman.

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelayar Portal Rasmi HASiL dan tahniah serta syabas kepada pentadbir portal yang tidak jemu berusaha memastikan portal rasmi ini sentiasa terkini.

Peranan HASiL sebagai pentadbir cukai langsung di negara ini tidak hanya untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan seperti audit dan siasatan semata-mata, akan tetapi HASiL juga bertanggungjawab untuk membantu orang ramai mendapat kefahaman yang baik berkenaan cukai sekali gus meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan mereka.

Menyedari hakikat itu, portal rasmi ini disediakan sebagai platform untuk memenuhi keperluan orang ramai membuat rujukan berkenaan hal ehwal percukaian dan juga mendapatkan pelbagai perkhidmatan percukaian yang ditawarkan.

Hasrat saya kepada semua pelayar portal ini agar setiap maklumat yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya dan memenuhi fungsinya sebagai sumber rujukan dan ilmu yang berguna.

Akhir kata, sebagai sebuah agensi yang sentiasa menitikberatkan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan, saya amat mengalu-alukan cadangan mahu pun pandangan ikhlas yang konstruktif daripada pelayar portal sekalian. Cadangan dan pandangan tersebut boleh disalurkan menerusi e-mel idea_desire@hasil.gov.my atau menerusi Borang Maklum Balas Pelanggan yang boleh diakses di portal rasmi ini. InsyaAllah ia akan diteliti dan dipertimbangkan pelaksanaannya mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

Terima kasih, dan selamat melayari Portal Rasmi HASiL.

Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia