Subseksyen 44(11D) - Waqf

Compilation of Questions Regarding The Application For Approval Under Subsection 44(6) ITA 1967, Subsection 44(11D), ITA 1967 And P.U. (A) 139/2020

BIL. SOALAN JAWAPAN
1 Bolehkah perbadanan pengurusan wakaf yang ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri layak memohon kelulusan di bawah subseksyen 44(11D) ACP 1967? Berdasarkan peruntukan akta, perbadanan wakaf tersebut layak memohon kelulusan di bawah subseksyen 44(11D) ACP 1967 kerana ianya merupakan sebuah badan yang ditubuhkan untuk tujuan khusus wakaf.
2 Merujuk kepada soalan 1 di atas, adakah surat perlantikan mutawali oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan perjanjian perlantikan mutawali antara MAIN/institusi/organisasi/tabung wakaf tersebut diperlukan untuk tujuan memohon kelulusan subseksyen 44(11D), ACP 1967? Jika perbadanan wakaf ditubuhkan di bawah Enakmen Kerajaan Negeri surat perlantikan mutawali (pentadbir wakaf) adalah tidak diperlukan.
3 Sekiranya institusi/organisasi/tabung yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 menerima sumbangan daripada luar negara, adakah sumbangan itu dikecualikan cukai? Bagi Perbadanan Pengurusan Tabung Wakaf yang ditubuhkan khusus untuk tujuan wakaf tidak perlu untuk menubuhkan Tabung Wakaf. Permohonan adalah secara terus daripada Perbadanan tersebut. Untuk kategori ini, surat perjanjian dan perlantikan mutawali terus kepada perbadanan tersebut diperlukan untuk permohonan.
4 Universiti Awam A berminat untuk memohon kelulusan di bawah subseksyen 44(11D) dan telah memperolehi kelulusan perlantikan mutawwali daripada MAIN bagi kuasa memungut dan menguruskan dana. Adakah Universiti Awam A layak untuk memohon kelulusan di bawah subseksyen 44(11D)? Universiti Awam A tidak layak untuk memohon kelulusan di bawah subseksyen 44(11D). Ini adalah disebabkan Universiti Awam A tidak mendapat kuasa penuh untuk memungut, mengurus dan menggunakan wakaf. Oleh sebab itu, Universiti Awam A hendaklah berhubung dengan pihak MAIN bagi mendapatkan kuasa penuh tersebut untuk membolehkan Universiti Awam A layak memohon kelulusan di bawah subseksyen 44(11D).
5 Apakah nama yang sesuai bagi tabung wakaf setiap universitI yang memohon? Adakah boleh menggunakan nama lain selain nama TABUNG WAKAF (nama Universiti)? Untuk keseragaman semua Tabung Wakaf perlu menggunakan nama - Tabung Wakaf…. (Nama Universiti berkenaan). Ini adalah bagi tujuan semakan pematuhan dan pemantauan. Mana-mana universiti yang tidak menggunakan nama mengikut format tersebut diminta berbuat demikian.
6 Apakah kategori fail yang perlu didaftarkan oleh pihak Universiti bagi tujuan permohon tabung wakaf? Pihak Universiti boleh mendaftar kategori samada jenis fail TF/TA/C bergantung kepada objektif. Namun demikian kategori fail yang lebih sesuai ialah jenis fail TA.
7 Apakah syarat yang perlu dipatuhi bagi pelantikan ahli jawatankuasa (AJK)?

Dari segi AJK, syarat komposisi lebih 50% kena terdiri dari orang luar yang tidak mempunyai perkaitan institusi atau organisasi wakaf adalah masih terpakai.

Orang luar boleh terdiri daripada pegawai Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), pegawai KPT ataupun ahli alumni universiti.