Persediaan Permohonan
Institusi/Organisasi/Tabung Yang Tidak Bertujuan Untuk Keuntungan Dan Ingin Memohon Kelulusan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN). Apa Yang Anda Perlu Tahu?
- Nota ini bertujuan memberikan penjelasan berkenaan dengan persoalan apakah yang perlu diketahui oleh pemohon daripada institusi/organisasi/tabung tahu sebelum membuat permohonan kelulusan KPHDN . Semoga nota ini dapat membantu memberikan kefahaman dan penjelasan kepada pembayar cukai, ejen cukai, pegawai LHDNM dan rakyat berkaitan dengan persoalan ini.
- Tujuan dan objektif penubuhan adalah apa yang institusi/organisasi/tabung hendak capai dan menentukan jenis aktiviti yang hendak dilaksanakan. Untuk memenuhi syarat kelulusan, institusi/organisasi/tabung mestilah mempunyai tujuan dan objektif yang merangkumi aktiviti membasmi kemiskinan, kesihatan, pendidikan atau kebajikan atau pun lain-lain yang sampingan seperti yang dinyatakan di dalam subseksyen 44(7) ACP 1967.
- Di dalam mendrafkan tujuan dan objektif , institusi/organisasi/tabung perlu pertimbangkan persoalan-persoalan berikut:
- Apakah katagori institusi/organisasi/tabung dan adakah ianya entiti yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis?
- Apakah hasrat utama penubuhan institusi/organisasi/tabung?
- Apakah aktiviti utama institusi/organisasi/tabung anda? o Apakah program atau perkhidmatan yang akan disediakan?
- Siapakah kumpulan sasaran?
- Siapa yang akan dapat manfaat daripada aktiviti dan program institusi/organisasi/tabung
- Mengapa institusi/organisasi/tabung penting kepada umum?
- Berapa lamakah jangkaan tempoh institusi/organisasi/tabung akan beroperasi?
- Bagaimanakah dana untuk melaksanakan aktiviti dapat dijana?
- Bagaimana struktur institusi/organisasi/tabung akan dibentuk?
- Daripada persoalan-persoalan ini, institusi/organisasi/tabung dapat menilai kedudukan masing-masing dan menentukan samada mereka layak untuk memohon kelulusan KPHDN di bawah peruntukan subseksyen 44(6).
PENAFIAN: Nota ini hanya bertujuan bagi memberikan penjelasan umum terhadap persoalan berbangkit sahaja. Ia tidak boleh digunakan bagi tujuan rujukan kes kepada persoalan fakta dan kes undang-undang. Layanan terhadap persoalan fakta adalah mengikut peruntukan undang-undang dan garis panduan sedia ada. Nota Amalan ini hanya memberikan panduan dan penjelasan umum bagi tujuan kefahaman,pendidikan dan kesedaran semata-mata.