Penjelasan Umum Berkaitan Kandungan Perlembagaan/Objektif Institusi/Organisasi/Tabung Yang Boleh Dipertimbangkan Oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) Di Bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967)

  1. Nota ini bertujuan memberikan penjelasan berkenaan dengan kandungan/format perlembagaan/objektif institusi/organisasi/tabung bagi tujuan pertimbangan kelulusan oleh KPHDN dibawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Semoga nota ini dapat membantu memberikan kefahaman dan penjelasan kepada pembayar cukai, ejen cukai, pegawai LHDNM dan orang awam berkaitan kandungan perlembagaan/objektif institusi/organisasi/tabung yang bukan berasaskan keuntungan.
  2. Perlembagaan/objektif institusi/organisasi/tabung merupakan tonggak kepada penubuhannya. Ianya adalah dokumen asas kepada peraturan jangkapanjang sesebuah institusi/organisasi/tabung. Perlu dibuat secara bertulis. Sepatutnya tidak boleh dipinda. Sehubungan itu KPHDN akan meneliti dan memperhalusi setiap klausa/fasal/objektif insitusi/organisasi/tabung yang berkait dengan pertimbangan kelulusan KPHDN. Klausa/fasal/objektif yang tidak berkait dengan skop subseksyen 44(6) tidak akan mempengaruhi KPHDN semasa membuat pertimbangan permohonan. Asas penulisan dan pernyataan perlembagaan / peraturan perlu berlandaskan :
    1. 2.1 Kenapa institusi/organisasi/tabung diwujudkan, apakah tujuan dan objektif
    2. 2.2 Siapakah pemegang taruh dan pembuat keputusan, siapakah yang akan menerima manfaat daripada aktivitinya
    3. 2.3 Bagaimana institusi/organisasi/tabung beroperasi, prinsip dan struktur asas dalam membuat keputusan serta pelaksanaan peraturan kewangan dan pengurusan asetnya
    Antara kandungan perlembagaan/objektif yang boleh dipertimbangkan ialah seperti :
    1. Tujuan: penubuhan institusi/organisasi/tabung , siapakah yang akan menerima manfaat dan bagaimana manfaat ini sampai kepada mereka.
    2. Objektif : Apakah niat dan hasrat institusi/organisasi/tabung untuk dicapai
    3. Jenis institusi/organisasi/tabung : Contohnya samada yayasan korporat/yayasan persendirian/yayasan awam , persatuan, tabung pembinaan dan sebagainya
    4. Keahlian dalam institusi/organisasi/tabung : Siapakah boleh menjadi ahli, tugas , dan hak ahli . Bagaimana untuk menjadi ahli atau diberhentikan jadi ahli serta hal ehwal keahlian
    5. Struktur dan prosedur dalam membuat keputusan di dalam institusi/organisasi/tabung :
      • mesyuarat agung dan lain-lain mesyuarat
      • pemilihan dan pelantikan pelbagai jawatan dalam institusi/organisasi/tabung
      • kuasa dan fungsi
      • siapakah boleh membuat keputusan
      • bagaimana institusi/organisasi/tabung membuat keputusan dan ditadbir
      • bagaimana institusi/organisasi/tabung melaksanakan aktivitinya
    6. Peranan, hak dan tanggungjawab : setiap pemegang amanah, jawatankuasa dan pelbagai jawatan lain dan kebertanggungjawaban mereka
    7. Bagaimana kawalan sistem kewangan dan pengendalian asset institusi/organisasi/tabung : penjelasan agar sumber dan kewangan tidak disalah guna dan salah penggunaannya.
    8. Proses audit dan tempoh perakaunan : nyatakan tarikh penting ini untuk tujuan ditutup dan diaudit bagi tujuan pelaporan
    9. Penutupan/Pembubaran institusi/organisasi/tabung : tindakan susulan dan bertanggungjawab terhadap kewangan dan asset institusi/organisasi/tabung perlu dinyatakan dengan jelas
  3. Sebarang pindaan perlembagaan /objektif selepas mendapat kelulusan KPHDN dibawah subseksyen 44(6) mestilah mendapat kelulusan KPHDN sebelum dikemukakan kepada SSM, ROS, BHEUU dan lain-lain. Permohonan boleh dibuat secara bertulis dengan mengemukakan perlembagaan asal dan draf pindaan perlembagaan yang dicadangkan . Salinan minit/catatan mesyuarat lembaga pengarah/pemegang amanah/jawatankuasa perlu dikemukakan bersama-sama dengan permohonan.