Penjelasan Terhadap Aktiviti Yang Layak Dipertimbangkan Oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) Dibawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967)

  1. Nota ini bertujuan memberikan penjelasan dan panduan berkenaan dengan aktiviti yang layak dilaksanakan oleh institusi/organisasi/tabung untuk mendapat pengecualian cukai kerana kelulusan KPHDN khususnya dibawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Semoga nota ini dapat membantu memberikan kefahaman dan penjelasan kepada pembayar cukai, ejen cukai, pegawai LHDNM dan orang awam berkaitannya.
  2. Kelulusan yang diberikan oleh KPHDN di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 haruslah dipakai bersama-sama dengan subseksyen 44(7) ACP 1967. Subseksyen 44(7) menggariskan katagori institusi/organisasi/tabung dan jenis aktiviti yang layak bagi tujuan pertimbangan kelulusan semasa memproses permohonan kelulusan.
  3. Katagori institusi/organisasi/tabung yang boleh dipertimbangkan kelulusan oleh KPHDN adalah seperti berikut :
    Peruntukan/ Katagori Definisi/Amalan Contoh Aktiviti Yang Layak
    Subseksyen 44(7)
    – Institusi
    Ditubuhkan di dalam Malaysia. Beroperasi dan berjalan bukan berasaskan keuntungan. Institusi perlu berdaftar samada dengan SSM, ROS , BHEE atau mana-mana perundangan bertulis di Malaysia. Institusi berkait dengan pendidikan , kesihatan, amal, penyelidikan/ pencegahan/ pengubatan penyakit. Khususnya seperti hospital awam, institusi kebajikan/khairal/amal, universiti/institusi awam atau lain-lain institusi pendidikan awam, pihak berkuasa awam atau persatuan yang semata-matanya menjalankan kerja-kerja penyelidikan untuk pencegahan penyakit berkait dengan manusia, badan bantuan kerajaan berkait dengan kajian sosio-ekonomi atau institusi latihan teknikal/vokasional
    Subseksyen 44(7)
    – Organisasi
    Ditubuhkan di dalam Malaysia. Beroperasi dan berjalan bukan berasaskan keuntungan. Organisasi selalunya dikawal oleh sebuah badan induk atau berpusat. Mempunyai entiti secara fizikal dan perlu berdaftar di mana-mana badan / agensi dibawah undang-undang bertulis di Malaysia. Antaranya ialah SSM, ROS, BHEUU dll . Organisasi perlu mempunyai perlembagaan, objektif dan struktur organisasi yang jelas. Organisasi ditadbir menerusi peraturan dan undang-undang. Ditubuhkan bukan bermotifkan keuntungan yang membantu dan menawarkan bantuan kewangan pendidikan, melaksanakan objektif organisasi, mengurangkan tekanan orang awam, penyembahan atau pengembangan agama dan ibadah , pengurusan bangunan rumah ibadah, pengurusan zoo, museum,galeri seni, pemuliharaan dan perlindungan haiwan, organisasi bantuan kerajaan (kerjasama awam/swasta) berkait dengan isu industri / pengkomersialan, mempromosikan perpaduan kebangsaan, pemuliharan alam sekitar,organisasi antarabangsa yang diluluskan oleh Menteri, Projek ke arah kemajuan dan pembangunan ICT, aktiviti pengumpulan dana membantu rakyat yang kurang kemampuan untuk pembiayaan rawatan perubatan penyakit serius,
    Subseksyen 44(7)
    – Tabung
    Ditubuhkan oleh institusi/organisasi induk untuk melaksanakan dan mencapai objektif. Tabung bukan ditubuhkan untuk keuntungan Objektif dan misi tabung mestilah spesifik dan mempunyai fokus yang jelas. Perkara ini perlu diterangkan dalam peraturan tabung . Peraturan tabung mestilah disetemkan sebagai katagori penyeteman am.
    1. Tabung Bantuan Kemanusiaan Rakyat Malaysia
    2. Tabung Kebajikan dan Pendidikan Rakyat Malaysia
    3. Tabung Pendidikan Pelajar Miskin
    4. Tabung Pengurusan/ Pembinaan Rumah Ibadah
    5. Tabung Amanah Pelajaran
    6. Tabung Wang Awam Sekolah