Sistem e-Derma untuk kategori institusi dan organisasi (IO) telah diluncurkan pada 20 Ogos 2025 bertujuan untuk membolehkan IO membuat permohonan baharu di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967 secara atas talian yang boleh diakses melalui Portal MyTax. Sistem ini akan diperluaskan kepada kategori Tabung pada fasa seterusnya. Namun, IO masih boleh mengemukakan permohonan secara bertulis (manual) berserta dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di dalam garis panduan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) sekiranya tidak membuat permohonan secara atas talian.
IO dikehendaki mengemaskini peranan sebagai Pengarah Syarikat/ Pentadbir Organisasi (sekiranya perlu) melalui https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/Kategori/2 dan memuat naik dokumen sokongan.
Pengarah Syarikat/ Pentadbir Organisasi boleh melantik wakil di Portal MyTax untuk mewakili IO bagi tujuan penggunaan sistem e-Derma.
Bagi IO yang melantik Wakil Cukai/ Ejen Cukai (Tax Agent) dalam urusan permohonan kelulusan di bawah subseksyen 44(6) ACP 1967, kaedah sedia ada masih lagi terpakai dengan prosedur semasa melalui pengemukaan permohonan secara bertulis (manual) berserta dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di dalam garis panduan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN). Permohonan oleh Wakil Cukai/ Ejen Cukai melalui sistem e-Derma akan diperluaskan pada fasa seterusnya.
Sistem e-Derma boleh di akses dengan mengikuti panduan seperti berikut:
- Layari portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my;
- Klik Menu Daftar Masuk > Peranan Pengarah Syarikat/ Pentadbir Organisasi > Perkhidmatan ezHasil > e-Derma