Tindakan Sekiranya Berlaku Kesilapan Pada Borang

Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.

Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda atau melalui sistem maklumbalas pelanggan HASiL.