Pendaftaran TIN Automatik :
Pendaftaran TIN bagi individu warganegara dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah secara automatik melalui data yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara.
Semakan TIN yang telah didaftarkan boleh dibuat melalui kaedah berikut :
- Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my;
- Hasil Contact Centre di talian 03-89111000 / 603-89111100 (Luar Negara); atau
- Mana-mana pejabat HASiL yang berhampiran.