e-Invois

Mengenai Portal MyInvois

Portal MyInvois menyediakan ciri-ciri utama diperlukan oleh pembayar cukai seperti berikut:

  • Pengurusan Profil bagi Pengguna, Pembayar Cukai, Wakil, Sistem ERP dan Perantara; dan
  • Pengurusan Dokumen merangkumi Pengemukaan, Semakan, Penolakan, Pembatalan dan Cetakan Dokumen.

Portal MyInvois boleh diakses oleh pembayar cukai melalui Portal MyTax yang merupakan gerbang e-Perkhidmatan HASiL. Bagi memudahkan penggunaan Portal MyInvois, HASiL menyediakan dua (2) persekitaran yang boleh diakses oleh pembayar cukai iaitu Persekitaran Pengujian dan Persekitaran Sebenar (Produksi). Pengguna perlu mengaktifkan setiap persekitaran ini secara berasingan kerana ia tidak berhubung antara satu sama lain.

[Nota: Pembayar cukai perlu memastikan penggunaan persekitaran yang betul bagi pengemukaan e-Invois kepada HASiL]

Persekitaran Pengguna

Penerangan

Pautan

Panduan Pengguna

Pengujian

Membolehkan pembayar cukai mencuba fungsi-fungsi yang disediakan di dalam portal berkenaan sebelum menggunakan Persekitaran Sebenar (Produksi). Maklumat yang dihantar ke persekitaran pengujian tidak akan disimpan di dalam pangkalan data HASiL dan tidak akan di bawa ke persekitaran produksi.

https://preprod-mytax.hasil.gov.my

  1. Panduan Log Masuk Kali Pertama Ke Portal MyTax (Persekitaran Pengujian)

Layari https://preprod-mytax.hasil.gov.my dan klik Panduan Pengguna:

  • Mempunyai e-mel PIN pengaktifan
  • Tidak mempunyai e-mel PIN pengaktifan

[Nota: Wakil Syarikat atau Wakil Perniagaan perlu melengkapkan log masuk kali pertama ke Portal MyTax (Persekitaran Pengujian) terlebih dahulu sebelum boleh dilantik sebagai ‘Wakil Syarikat’ oleh Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi atau ‘Wakil Perniagaan’ oleh Pemilik Perniagaan]

 

  1. Panduan penggunaan Portal MyInvois

Layari https://preprod-mytax.hasil.gov.my dan klik Panduan Pengguna Portal MyInvois

 

Produksi

Membolehkan pembayar cukai mengemukakan e-Invois dengan maklumat yang sebenar dan menggunakan fungsi-fungsi lain yang berkaitan

https://mytax.hasil.gov.my

  1. Panduan Log Masuk Kali Pertama Ke Portal MyTax

Layari https://mytax.hasil.gov.my dan klik Panduan Pengguna

  • Panduan Pengguna (Web) – Untuk log masuk ke Portal MyTax
  • Manual Pengguna Permohonan Peranan – Untuk permohonan peranan sebagai ‘Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi’ atau ‘Pemilik Perniagaan’ dan penetapan peranan ‘Wakil Syarikat’ oleh Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi atau ‘Wakil Perniagaan’ oleh Pemilik Perniagaan

 

  1. Panduan Penggunaan Portal MyInvois

Layari https://mytax.hasil.gov.my dan klik Panduan Pengguna Portal MyInvois