🌐 BM | ENG

Keperluan Peranan Bagi Mengakses Portal MyInvois

Bagi mengakses Portal MyInvois atas nama perniagaan / syarikat / organisasi, pengguna perlu memohon peranan di Portal MyTax seperti berikut:

  1. Pemilik Perniagaan
    • Untuk pembayar cukai individu yang menjalankan perniagaan pemilikan tunggal sahaja.
  2. Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi
    • Untuk semua kategori pembayar cukai kecuali individu yang menjalankan perniagaan pemilikan tunggal dan pentadbir harta pusaka (seperti Perkongsian, Syarikat, Koperasi dan lain-lain).
    • Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi terdahulu perlu membatalkan peranan sebelum Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi yang baharu boleh membuat permohonan.
  3. Pentadbir Harta Pusaka
    • Untuk Pentadbir Harta Pusaka yang menguruskan harta pusaka simati sahaja.
  4. Wakil Perniagaan
    • Dilantik oleh Pemilik Perniagaan di dalam Portal MyTax miliknya.
    • Pemilik Perniagaan perlu memastikan maklumat perniagaan dan maklumat majikan adalah teratur di dalam rekod HASiL sebelum membuat pelantikan Wakil Perniagaan.
    • Pemilik Perniagaan boleh melantik dan membatalkan lantikan wakil pada bila-bila masa mengikut keperluan.
  5. Wakil Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi
    • Dilantik oleh Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi di dalam Portal MyTax miliknya.
    • Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi boleh melantik dan membatalkan lantikan wakil pada bila-bila masa mengikut keperluan.

[Nota: Pembayar cukai perlu memohon peranan bagi Persekitaran Produksi atau Persekitaran Pengujian secara berasingan]