🌐 BM | ENG

Mengenai Portal MyInvois

Portal MyInvois

Portal MyInvois adalah mekanisme penghantaran e-Invois yang disediakan khas oleh HASiL secara percuma. Portal ini direka untuk memudahkan pelaksanaan e-Invois kepada semua pembayar cukai, terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai sistem perniagaan untuk mengeluarkan e-Invois. Portal ini boleh diakses melalui komputer, komputer riba dan tablet bagi membolehkan pengguna mengendalikan e-Invois pada bila-bila masa dan di mana jua.

Selain itu, pembayar cukai juga boleh mengakses melalui Aplikasi MyInvois di telefon pintar. Aplikasi boleh dimuat turun daripada semua platform rasmi iaitu App Store bagi pengguna iOS, Google Play bagi pengguna Android dan AppGallery bagi pengguna Huawei. Sebelum pembayar cukai mengakses Aplikasi MyInvois di telefon pintar mereka, pengguna perlu mengaktifkan profil melalui Portal MyInvois terlebih dahulu.

Portal MyInvois menyediakan ciri-ciri utama diperlukan oleh pembayar cukai seperti berikut:

  • Pengurusan Profil bagi Pengguna, Pembayar Cukai, Wakil, Sistem ERP dan Perantara; dan
  • Pengurusan Dokumen merangkumi Pengemukaan, Semakan, Penolakan, Pembatalan dan Cetakan Dokumen.

Portal MyInvois boleh diakses oleh pembayar cukai melalui Portal MyTax yang merupakan gerbang e-Perkhidmatan HASiL. Bagi memudahkan penggunaan Portal MyInvois, HASiL menyediakan dua (2) persekitaran yang boleh diakses oleh pembayar cukai iaitu Persekitaran Pengujian dan Persekitaran Sebenar (Produksi). Pengguna perlu mengaktifkan setiap persekitaran ini secara berasingan kerana ia tidak berhubung antara satu sama lain.

[Nota: Pembayar cukai perlu memastikan penggunaan persekitaran yang betul bagi pengemukaan e-Invois kepada HASiL]

Pengujian

Penerangan:

Membolehkan pembayar cukai mencuba fungsi-fungsi yang disediakan di dalam portal berkenaan sebelum menggunakan Persekitaran Sebenar (Produksi). Maklumat yang dihantar ke persekitaran pengujian tidak akan disimpan di dalam pangkalan data HASiL dan tidak akan di bawa ke persekitaran produksi.

Pautan: 

https://preprod-mytax.hasil.gov.my

Panduan Pengguna:

  1. Panduan Log Masuk Kali Pertama Ke Portal MyTax (Persekitaran Pengujian)
    Layari https://preprod-mytax.hasil.gov.my dan klik Panduan Pengguna:
    • Mempunyai e-mel PIN pengaktifa
    • Tidak mempunyai e-mel PIN pengaktifan[Nota: Wakil Syarikat atau Wakil Perniagaan perlu melengkapkan log masuk kali pertama ke Portal MyTax (Persekitaran Pengujian) terlebih dahulu sebelum boleh dilantik sebagai ‘Wakil Syarikat’ oleh Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi atau ‘Wakil Perniagaan’ oleh Pemilik Perniagaan]
  1. Panduan penggunaan Portal MyInvois
    Layari https://preprod-mytax.hasil.gov.my dan klik Panduan Pengguna Portal MyInvois

Penerangan:

Membolehkan pembayar cukai mengemukakan e-Invois dengan maklumat yang sebenar dan menggunakan fungsi-fungsi lain yang berkaitan

Pautan: 

https://mytax.hasil.gov.my

Panduan Pengguna:

  1. Panduan Log Masuk Kali Pertama Ke Portal MyTax
    Layari https://mytax.hasil.gov.my dan klik Panduan Pengguna
    • Panduan Pengguna (Web) – Untuk log masuk ke Portal MyTax
    • Manual Pengguna Permohonan Peranan – Untuk permohonan peranan sebagai ‘Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi’ atau ‘Pemilik Perniagaan’ dan penetapan peranan ‘Wakil Syarikat’ oleh Pengarah Syarikat / Pentadbir Organisasi atau ‘Wakil Perniagaan’ oleh Pemilik Perniagaan
  2. Panduan Penggunaan Portal MyInvois
    Layari https://mytax.hasil.gov.my dan klik Panduan Pengguna Portal MyInvois