
Portal MyInvois
Portal MyInvois adalah mekanisme penghantaran e-Invois yang disediakan khas oleh HASiL secara percuma. Portal ini direka untuk memudahkan pelaksanaan e-Invois kepada semua pembayar cukai, terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai sistem perniagaan untuk mengeluarkan e-Invois. Portal ini boleh diakses melalui komputer, komputer riba dan tablet bagi membolehkan pengguna mengendalikan e-Invois pada bila-bila masa dan di mana jua.
Selain itu, pembayar cukai juga boleh mengakses melalui Aplikasi MyInvois di telefon pintar. Aplikasi boleh dimuat turun daripada semua platform rasmi iaitu App Store bagi pengguna iOS, Google Play bagi pengguna Android dan AppGallery bagi pengguna Huawei. Sebelum pembayar cukai mengakses Aplikasi MyInvois di telefon pintar mereka, pengguna perlu mengaktifkan profil melalui Portal MyInvois terlebih dahulu.