Kelayakan Penyertaan Program TCG
Program ini kini memberikan tumpuan kepada entiti yang mempunyai impak ekonomi yang besar. Syarikat-syarikat yang layak termasuk:
- Syarikat dengan perolehan tahunan RM100 juta dan ke atas.
- Syarikat Tersenarai Awam (PLC) dan Syarikat Milik Kerajaan (GLC).
- Syarikat yang mempunyai rekod pematuhan cukai yang bersih bagi 3 tahun kebelakangan.
- Syarikat telah mewujudkan Rangka Kerja Kawalan Percukaian (Tax Control Framework)
Nota: Syarikat dorman dan syarikat pegangan pelaburan (investment holding) pada masa ini tidak termasuk dalam keutamaan program.