Apa itu Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCG)
Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCG) adalah subset kepada tadbir urus korporat yang merangkumi peraturan, sistem, dan proses untuk memastikan pengurusan cukai sesebuah organisasi dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti, ketelusan, dan integriti. Kerangka ini berasaskan tiga tiang utama iaitu kepercayaan bersama (mutual trust), persefahaman, serta keterbukaan dan ketelusan antara pembayar cukai dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Melalui TCG, pengurusan risiko cukai diintegrasikan ke dalam operasi harian dan dipantau di peringkat Lembaga Pengarah bagi memastikan organisasi melaporkan dan membayar amaun cukai yang betul.
Prinsip Utama TCG
- Strategi Cukai: Memastikan strategi cukai syarikat selaras dengan operasi perniagaan dan etika korporat.
- Kerjasama dalam Pematuhan: Mewujudkan hubungan berasaskan kepercayaan bersama (mutual trust) dan ketelusan dengan pihak berkuasa cukai.
- Pengurusan Risiko: Menguruskan ketidakpastian dalam perundangan cukai bagi mengelakkan pertikaian pada masa hadapan.