|
KONSULTASI AWAM BERHUBUNG KETETAPAN UMUM
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjemput sebarang komen ke atas cadangan "Ketetapan Umum: Perbelanjaan Praoperasi Perniagaan". Tujuan utama konsultasi awam ini dibuat adalah bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu yang berkaitan dengan Ketetapan Umum tersebut. Harap maklum bahawa semua pandangan serta komen diterima boleh dibuat secara umum dan akan dipertimbangkan. Konsultasi awam bagi ketetapan umum ini dibuka mulai 24 Jun 2026 sehingga 7 Julai 2026 (14 hari) dan hendaklah dihantar ke kufeedback_hasil.gov.my. Klik untuk muat turun |