|
KONSULTASI AWAM BERHUBUNG KETETAPAN UMUM
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjemput sebarang komen ke atas cadangan "Ketetapan Umum: Elaun Khas Bagi Aset Bernilai Kecil". Tujuan utama konsultasi awam ini dibuat adalah bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu yang berkaitan dengan ketetapan umum tersebut. Harap maklum bahawa semua pandangan serta komen diterima boleh dibuat secara umum dan akan dipertimbangkan. Konsultasi awam bagi ketetapan umum ini dibuka mulai 11 Mac 2026 sehingga 24 Mac 2026 (14 hari) dan hendaklah dihantar ke kufeedback@hasil.gov.my. Klik untuk muat turun |