Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memperkenalkan satu platform dalam talian bagi penghantaran Helaian Kerja Percukaian secara elektronik yang dikenali sebagai Malaysian Income Tax Reporting System (MITRS). Platfom MITRS dibangunkan berdasarkan format XBRL (eXtensible Business Reporting Language), iaitu satu standard antarabangsa untuk penyediaan dan perkongsian laporan perniagaan digital bagi menggantikan laporan berasaskan kertas. XBRL menggunakan format XML untuk menyusun atur serta mengurus pertukaran maklumat perniagaan secara elektronik.

Akses ke MITRS adalah menggunakan sijil digital e-Filing. Terdapat dua kaedah untuk penyediaan dan penghantaran helaian kerja percukaian melalui MITRS iaitu:

Pelaksanaan MITRS

Pelaksanaan MITRS adalah secara berperingkat mulai 1 September 2020 bermula dengan pembayar cukai kategori syarikat yang diaudit / disiasat. Syarikat tersebut adalah digalakkan untuk mengemukakan helaian kerja percukaian (HK) melalui MITRS.

Rujukan

Rujuk pautan berikut untuk keterangan lanjut berkaitan struktur taksonomi LHDNM dan video ringkas berkenaan konsep dan pelaksanaan MITRS LHDNM:

RUJUKAN MITRS
1 Dokumen Teknikal MITRS  
2 Video Panduan Kaedah Penghantaran Melalui MITRS
  1. Fill in Web Form
  2. Copy From Previous Year
  3. Import Instance
 
3 Soalan-soalan Lazim  
4 Manual Pengguna  
5 Fail Taksonomi
  1. Fail Taksonomi 2015 - 2018
  2. Fail Taksonomi 2019
  3. Fail Taksonomi 2020 - 2021
  4. Fail Taksonomi 2022 - 2023
 
6 LHDNM Data Model
  1. Data Model LHDNM 2015 - 2018
  2. Data Model LHDNM 2019
  3. Data Model LHDNM 2020 - 2021
  4. Data model LHDNM 2022 - 2023
 

 

Akses Ke MITRS

Link MITRS :
Individu dan Pemegang Sijil Digital Organisasi
Ejen Cukai

 

Aduan/Pertanyaan

Link dan alamat emel
Aduan teknikal /berkenaan sistem MITRS: HelpITMITRS@hasil.gov.my
Aduan/pertanyaan berkaitan MITRS : Borang Maklum balas Pelanggan
Sila klik di sini untuk ke Borang Maklum balas Pelanggan.
Di lawati :
Kemaskini : :