Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang dan terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL).
Platform digital khususnya MyTax melalui Portal Hasil ini merupakan gerbang komunikasi dan maklumat antara HASiL dengan anda sebagai pelanggan yang amat kami hargai. Perkembangan teknologi ICT masa kini memerlukan kami bergerak pantas untuk penyediakan perkhidmatan atas talian yang lebih efisyen dan cekap kepada pelanggan. Hampir kesemua perkhidmatan manual kami telah didigitalkan. Selaras dengan aspirasi kerajaan, kami kini sedang bergerak ke arah penggunaan teknologi berasaskan kepintaran buatan.
Pendigitalan perkhidmatan percukaian dibawah MyTax akan memberikan pengalaman yang lebih berharga kepada pelanggan LHDNM dan menjadikan perkhidmatan percukaian secara digital ini lebih kondusif, lancar dan selamat. Justeru itu, sebarang cadangan atau maklum balas amat dialu - alukan menerusi idea_desire@hasil.gov.my atau menerusi Borang Maklum Balas Pelanggan.
Terima kasih kerana melayari portal ini. Bersama kita membangunkan negara.
Pengarah,
Jabatan Digital,
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.