Akademi Percukaian Malaysia (APM) merupakan institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL). APM menggunakan kaedah pembelajaran secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian. Norma baharu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian terus disesuaikan menerusi platform Learning Management System (LMS), Google Classroom, Microsoft Teams, Zoom dan sepertinya.

  • Mengendalikan aktiviti pembelajaran dan latihan dalaman melalui pelbagai program dalam bidang percukaian dan soft-skill untuk pegawai HASiL.
  • Mengembangkan dan meluaskan perspektif percukaian dalam kalangan orang awam ke arah pematuhan cukai secara sukarela menerusi Program Pembelajaran Cukai.

Program latihan dalaman yang dijalankan di APM terbahagi kepada 2 kategori iaitu kursus wajib bagi tujuan pengesahan perkhidmatan dan kenaikan pangkat, serta kursus kemahiran.

Selain kursus dan latihan dalaman untuk pegawai LHDNM, APM turut melaksanakan kursus-kursus antarabangsa yang dianjurkan dengan kerjasama organisasi percukaian antarabangsa termasuk Commonwealth Association of Tax Administrator (CATA), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), International Bureau of Fiscal Documentation (IBFD), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan South Centre (SC) menerusi Pusat Latihan Antarabangsa dan Profesional (PLAP).

Program dan kursus antarabangsa yang dijalankan bukan sahaja disasarkan kepada pegawai LHDNM tetapi juga kepada pegawai-pegawai cukai dari negara-negara Association of South East Asian Nations (ASEAN), negara-negara terpilih di Asia, Afrika, kawasan Kepulauan Pasifik dan negara-negara Komanwel yang lain. Penyertaan juga dibuka kepada pegawai-pegawai dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Fokus kursus dan latihan meliputi pelbagai topik termasuk percukaian antarabangsa, percukaian syarikat multinasional, digital ekonomi, pengauditan industri khas, triti, pentadbiran percukaian dan pindahan harga.

Di samping program latihan dalaman dan kursus antarabangsa, APM juga menjalankan program pembelajaran cukai untuk orang ramai terutamanya golongan profesional bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mereka mengenai bidang cukai tertentu seperti cukai pegangan, audit cukai, tanggungjawab majikan, rayuan cukai, e-perdagangan, pindahan harga, syarikat pemegang pelaburan dan pendapatan dari sumber luar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kemudahan APM, sila hubungi:

Pejabat Pendaftar,
Akademi Percukaian Malaysia,
Persiaran Wawasan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia.
Telefon: +603-89243600 / +603-89245800
Faks: +603-89257299

Pegawai Perhubungan Awam: Klik disini