#1
15 Mei 2024 ialah tarikh akhir penghantaran Borang BE Tahun Taksiran 2023 dan pembayaran cukai pendapatan bagi individu dengan punca pendapatan penggajian.

#2
Mytax, Gerbang Informasi Percukaian. Kini segalanya di hujung jari anda. https://mytax.hasil.gov.my/

#3
Pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Saraan 2023 dan Tahun Taksiran 2023 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP boleh dilakukan mulai 01 Mac 2024. Klik pautan berikut untuk maklumat lanjut mengenai
Program Memfail Borang Nyata (BN) Bagi Tahun 2024

#4
Permintaan Nombor PIN dipermudahkan! Hanya log masuk ke MyTax.

#5
Bayaran balik cukai pendapatan anda akan dibuat secara Pindahan Elektronik (EFT) terus ke akaun bank anda. Sila nyatakan nama dan nombor akaun bank anda yang sahih dan betul.

#6
LHDNM telah menyediakan aplikasi e-Lejar supaya anda boleh membuat semakan lejar cukai pendapatan pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada.

#7
Pengarah syarikat mempunyai tanggung jawab untuk membayar baki cukai terhutang syarikat. Pengarah itu juga boleh dikenakan sekatan perjalanan (Sek.104) jika gagal menjelaskan cukai tersebut.

#8
Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan dari penggajian, perniagaan, dividen, sewa, royalti, pencen dan pendapatan lain yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi, persatuan dan sebagainya pada setiap tahun.

#9
LHDNM telah menyediakan pelbagai kemudahan bayaran secara elektronik / ByrHASiL dengan bank-bank terpilih. Sila rujuk www.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.

#10
Notis CP38 yang dikeluarkan kepada majikan merupakan arahan tambahan potongan gaji untuk menyelesaikan baki cukai pekerja selain daripada Potongan Cukai Bulanan (PCB)

#11
15 Julai 2024 ialah tarikh akhir penghantaran Borang B Tahun Taksiran 2023 dan pembayaran cukai pendapatan bagi individu yang memperolehi pendapatan perniagaan.

#12
Membayar cukai pendapatan yang sepatutnya boleh mengelakkan anda dari dikenakan kenaikan cukai, tindakan mahkamah serta sekatan perjalanan keluar negara.

Di lawati :
Kemaskini : :