Malaysia mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) yang luas. Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia dan membolehkan pembayar cukai menuntut manfaat di bawah PPPDK serta mengelakkan pencukaian dua kali ke atas pendapatan yang sama. Oleh itu, STM hanya akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut dan dengan rakan pejanji Malaysia sahaja.

Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (ACAPL) iaitu:

  1. Individu - Seksyen 7 ACP
  2. Syarikat - Seksyen 8 ACP
  3. Badan Amanah - Seksyen 61 (3) ACP
  4. Entiti Labuan - Seksyen 3B ACAPL

Permohonan STM boleh melalui sistem e-Residence

Kategori pemohon STM adalah seperti berikut:-

Bil Kategori Permohonan Dokumen Sokongan Yang Perlu Dimuatnaik
1. Individu
  1. Salinan passport
2. Syarikat dan Kumpulan Orang
  1. Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah atau surat pengesahan pengarah berkenaan pengurusan dan kawalan syarikat dilakukan di Malaysia

  2. Petikan maklumat Pengarah / Pegawai syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
3. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  1. Salinan Perjanjian Perkongsian Liabiliti Terhad

  2. Salinan minit mesyuarat PLT yang telah diadakan dalam tahun taksiran yang dipohon
4. Perkongsian Dokumen sokongan adalah mengikut kategori ahli kongsi. Contoh:- Jika ahli kongsi adalah individu maka dokumen sokongan diperlukan adalah seperti kategori pemohon individu.
5. Badan Amanah Salinan surat ikatan penubuhan Badan Amanah.
6. Entiti Labuan
  1. Maklumat Pengarah (Borang 25)

  2. Maklumat Entiti Labuan (Borang 27)

  3. Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah dan surat pengesahan berkenaan pengurusan dan pengawalan syarikat dilakukan di Malaysia

  4. Salinan Pasport sekiranya Pengarah bukan warganegara Malaysia.

Pemohon akan menerima slip pengesahan setelah permohonan dikemukakan.

STM akan diproses dalam tempoh 10 hari bekerja, sekiranya semua maklumat telah diisi dan dokumen telah dimuatnaik ke dalam sistem e-Residence dengan lengkap.

Pemohon akan menerima makluman melalui emel apabila STM telah diluluskan dan akan diberikan satu nombor PIN. Nombor PIN tersebut perlu digunakan untuk mencetak sendiri Sijil Taraf Mastautin pemohon daripada sistem e-Residence.

Tiada bayaran dikenakan bagi STM yang dikeluarkan.