Mulai 1 Januari 2024, permohonan TIN individu hendaklah dilakukan secara dalam talian (online) melalui aplikasi e-Daftar di Portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my bagi kategori berikut:

BIL. KATEGORI INDIVIDU JENIS FAIL DOKUMEN SOKONGAN
1. Bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap / individu luar negara IG
  1. Salinan pasport (masih      dalam tempoh sah); atau
  2. Dokumen berkaitan seperti salinan pas lawatan, salinan kad UNHCR, salinan pas IMM13, nombor pengenalan diri negara asal, nombor pengenalan lain atau lain -lain dokumen; dan
  3. Salinan sijil pendaftaran perniagaan milikan tunggal / perkongsian yang dikeluarkan oleh SSM
  4. Salinan perjanjian / perjanjian usaha sama yang disetemkan; atau
  5. Salinan perjanjian perkongsian yang tidak menggabungkan sumber, keuntungan / rugi, aset dan menjalankan aktiviti yang berasingan; atau
  6. Salinan sijil pendaftaran dari badan pendaftar / badan profesional yang diiktiraf;
    Semua item (iii) – (vi) bagi individu yang menjalankan perniagaan sahaja
2. Pemastautin Sementara IG
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS)
  2. Salinan sijil pendaftaran perniagaan milikan tunggal / perkongsian yang dikeluarkan oleh SSM
  3. Salinan perjanjian / perjanjian usaha sama yang disetemkan; atau
  4. Salinan perjanjian perkongsian yang tidak menggabungkan sumber, keuntungan / rugi, aset dan menjalankan aktiviti yang berasingan; atau
  5. Salinan sijil pendaftaran dari badan pendaftar / badan profesional yang diiktiraf;
    Semua item (ii) – (v) bagi individu yang menjalankan perniagaan sahaja