Prosedur Permohonan Penceramah / Ahli Panel LHDNM Bagi Seminar / Taklimat / Program Teknikal
-
Permohonan rasmi untuk jemputan penceramah hendaklah dikemukakan kepada: (taxeducation@hasil.gov.my) sekurang-kurangnya 30-60 hari bekerja sebelum tarikh program dan dialamatkan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif, LHDNM
Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara HASiL, Aras 18,
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8,
63000, Cyberjaya, Selangor -
Agenda program hendaklah dihantar ke: taxeducation@hasil.gov.my dengan perincian mengenai slot masa, tarikh, dan lokasi program.
-
Minimum penyertaan dan tempoh sesi bagi penceramah / panelis HASiL adalah seperti berikut:
Bil. Peserta
Kaedah Program
Slot LHDNM (Jam)
Minimum 30 hingga 49 orang peserta
Maya
Minimum 1 hingga 4 jam / Slot setengah hari (termasuk sesi soal jawab)
Melebihi 50 peserta peserta
Maya / Bersemuka
-
Borang Permohonan Penceramah Program Berbayar dan Topik Teknikal ini hendaklah dilengkapkan dengan segera bagi tujuan pelantikan pegawai sebelum seminar / persidangan / forum berlangsung.
-
Sebarang perbelanjaan tambahan seperti kos perjalanan (perjalanan pergi balik) penceramah / panelis LHDNM ke lokasi program atau penginapan di lokasi program adalah tanggungan penganjur (jika berkenaan).