Lawatan Institut Pengajian Tinggi/Sekolah
HASiL menerima kunjungan daripada pihak institut pengajian tinggi (IPT)/sekolah di bawah Program Sahabat HASiL. Pengisian program adalah taklimat percukaian, tayangan video percukaian, kuiz percukaian dan lawatan sekitar kaunter perkhidmatan/galeri HASiL.
Syarat Permohonan
Kunjungan/Sesi Libat Urus Agensi Luar
Agensi luar yang berhasrat mengadakan kunjungan atau sesi libat urus bersama dengan pihak HASiL adalah dialu-alukan untuk tujuan pelaksanaaan program/aktiviti pendidikan cukai.
Syarat Permohonan
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung permohonan lawatan ke Pejabat HASiL boleh e-melkan kepada taxeducation@hasil.gov.my .