A. PELUPUS – Borang Nyata Tahun Taksiran 2025
|
Bil.
|
Jenis Borang
|
Kategori Pelupusan / Pemerolehan Aset
|
Tarikh Akhir Pengemukaan BNCKHT
|
Penyediaan Sistem e-CKHT
|
| A. PELUPUS – Borang Nyata Mulai Tahun Taksiran 2025 |
| 1. |
Borang CKHT 1A |
Pelupusan harta tanah tertakluk kepada ACKHT 1976 |
Dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan aset |
1 Januari 2025 |
| 2. |
Borang CKHT 1B |
Pelupusan syer tertakluk kepada ACKHT 1976 |
| 3. |
Borang CKHT 3 |
Pemberitahuan di bawah subseksyen 13(6) ACKHT 1976 : Perakuan pelupusan aset tidak tertakluk kepada cukai atau dikecualikan daripada bayaran cukai |
B. PEMEROLEH – Borang Nyata Tahun Taksiran 2025
|
Bil.
|
Jenis Borang
|
Kategori Pelupusan / Pemerolehan Aset
|
Tarikh Akhir Pengemukaan BNCKHT
|
Penyediaan Sistem e-CKHT
|
| B. PEMEROLEH – Borang Nyata Mulai Tahun Taksiran 2025 |
| 4. |
Borang CKHT 2A |
Pemerolehan harta tanah / syer tertakluk kepada ACKHT 1976 |
Dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pemerolehan aset |
1 Januari 2025 |
PANDUAN PENGEMUKAAN BNCKHT DAN BAYARAN CKHT
| PANDUAN PENGEMUKAAN BNCKHT DAN BAYARAN CKHT |
|
Bil
|
Perkara
|
Nota Panduan
|
| 1. |
Pengemukaan BNCKHT |
-
Tanggungjawab Pengemukaan BNCKHT Tanggungjawab mengemukakan BNCKHT adalah kepada orang yang boleh dikenakan cukai yang melupuskan sesuatu aset boleh dikenakan cukai (pelupus) dan orang yang memperoleh aset tersebut (pemeroleh) menurut peruntukan Seksyen 13 ACKHT 1976.
Tempoh mengemukakan BNCKHT adalah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan / pemerolehan aset.
-
BNCKHT dan Nota Panduan Bagi Tujuan Rujukan BNCKHT dan Nota Panduan boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi LHDNM > Borang > Muat Turun Borang > CKHT mulai 01 Januari 2026 bagi tujuan rujukan.
-
Pelaporan CKHT Mandatori pelaporan CKHT melalui medium elektronik dengan menggunakan e-CKHT di Portal MyTax.
Pembayar cukai perlu mempunyai Nombor Pengenalan Cukai (TIN) dan Sijil Digital sebelum mengakses e-CKHT.
Sekiranya tiada TIN, kemukakan permohonan pendaftaran TIN melalui pautan e-Daftar di Portal MyTax.
-
Pengiraan Cukai Dikenakan
- Pelupusan Tahun Taksiran 2024 ke bawah
Jumlah cukai kena dibayar akan dipaparkan dalam notis taksiran (Borang K) yang akan dikeluarkan oleh LHDNM selepas BNCKHT dikemukakan oleh pelupus.
- Pelupusan Mulai Tahun Taksiran 2025
Selaras dengan pelaksanaan STS CKHT, pelupus yang melupuskan aset tertakluk kepada ACKHT 1976 mulai 01 Januari 2025 dikehendaki untuk menentukan keuntungan boleh dikenakan cukai dan mengira cukai yang dikenakan dalam BNCKHT dikemukakan. Jumlah cukai dikenakan akan dipaparkan di Slip Pengesahan Penerimaan e-CKHT 1A / 1B. Tiada notis taksiran akan dikeluarkan. BNCKHT yang dikemukakan di bawah Seksyen 13 ACKHT 1976 adalah disifatkan sebagai suatu notis taksiran yang telah diserahkan kepada pelupus oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN).
|
| 2. |
Dokumen Sokongan |
Dokumen Sokongan Dokumen sokongan yang digunakan untuk pengiraan tidak perlu dikemukakan bersama-sama dengan BNCKHT.
Pembayar cukai perlu menyimpan dokumen bagi tempoh tujuh (7) tahun daripada akhir tahun taksiran dalam mana taksiran tersebut telah dibangkitkan.
Dokumen tersebut perlu dikemukakan jika diminta bagi tujuan semakan pengesahan.
|
| 3. |
Bayaran CKHT |
- Pemeroleh – Bayaran Seksyen 21B ACKHT 1976
Pemeroleh bertanggungjawab memegang simpan kesemua balasan wang atau suatu jumlah wang tidak melebihi 3% / 5% / 7% daripada jumlah nilai balasan mengikut mana lebih rendah dan membayar kepada KPHDN dalam tempoh 60 hari dari tarikh pemerolehan aset.
Pemeroleh perlu menggunakan Nombor Bil yang tertera di dalam Slip Pengesahan Penerimaan e-CKHT 2A di Portal MyTax untuk membuat bayaran Seksyen 21B ACKHT 1976 melalui :
- ByrHasil FPX (Financial Process Exchange)
- capaian https://byrhasil.hasil.gov.my;
- Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan elektronik dengan mana-mana bank yang menyertai FPX; atau
- Ejen kutipan HASiL yang telah dilantik.
Senarai bank ByrHasil FPX dan bank ejen kutipan HASiL adalah seperti di Portal Rasmi LHDNM.
- Pelupus – Bayaran Baki CKHT
- Pelupusan Tahun Taksiran 2024 ke bawah Pelupus hendaklah membayar cukai atau baki cukai dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran.
- Pelupusan Mulai Tahun Taksiran 2025 Pelupus hendaklah membayar cukai atau baki cukai dalam tempoh 90 hari dari tarikh pelupusan.
Pelupus perlu membuat bayaran cukai atau baki cukai CKHT menggunakan Nombor Bil yang tertera di dalam Slip Pengesahan Penerimaan e-CKHT 1A / 1B melalui :
- ByrHasil FPX
- Bank ejen kutipan HASiL yang telah dilantik;
- Pejabat Pos Malaysia secara tunai.
Senarai bank serta perkhidmatan yang disediakan adalah seperti di Portal Rasmi LHDNM.
|