Proses Permohonan Penyertaan
Proses Permohonan Penyertaan Program TCG adalah satu proses berstruktur yang memerlukan penelitian dan persediaan menyeluruh bagi memastikan pematuhan kepada piawaian LHDNM. Permohonan dibuat secara sekali sahaja; namun demikian, pengoperasian dan pemantauan kerangka tadbir urus tersebut bersifat dinamik serta berterusan selaras dengan prinsip penambahbaikan berterusan.
Langkah-Langkah Permohonan:
- Penilaian Kendiri (Self-Assessment): Organisasi menilai sistem sedia ada berpandukan senarai semak elemen TCF (Tax Control Framework).
- Penyediaan Dokumen: Menyediakan dokumen dasar seperti Polisi Cukai, Matriks Risiko, dan Struktur Tadbir Urus.
- Penghantaran Dokumen Permohonan: Menghantar Borang Penyertaan, Senarai Semak Prinsip TCF, dan Senarai Semak Elemen Rangka Kerja Kawalan Cukai kepada LHDNM.
- Lantikan Penyemak Bebas: Melantik penyemak bebas yang berkelayakan untuk mengesahkan keberkesanan kawalan dalaman dan mengemukakan Laporan Penyemak Bebas dalam tempoh yang ditetapkan.
- Semakan LHDNM: Proses verifikasi oleh LHDNM yang merangkumi sesi temu bual bersama pengurusan tertinggi dan ujian sistem.
- Pengiktirafan: Pemberian status TCG yang sah untuk tempoh tiga (3) tahun taksiran.