Konsultasi Umum berhubung Ketetapan Umum
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjemput sebarang komen ke atas cadangan "Ketetapan Umum: Layanan Cukai Ke Atas Kapal Malaysia". Tujuan utama konsultasi awam ini dibuat adalah bagi mendapatkan pandangan daripada pihak berkepentingan mengenai isu yang berkaitan dengan Ketetapan Umum tersebut.

Harap maklum bahawa semua pandangan serta komen diterima boleh dibuat secara umum dan akan dipertimbangkan. Konsultasi umum bagi ketetapan umum ini dibuka mulai 10 Oktober 2024 sehingga 23 Oktober 2024 (14 hari) dan hendaklah dihantar ke kufeedbackhasil.gov.my

Klik untuk muat turun