Pengenalan:

Program pengesanan dan pematuhan yang dijalankan oleh LHDNM melalui pengumpulan maklumat tambahan seperti maklumat pelbagai punca pendapatan, maklumat pembelian dan pemilikan aset, maklumat keahlian persatuan / kelab dan sebagainya.

Objektif:

Objektif program ini adalah untuk menyokong aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan yang dijalankan oleh LHDNM, dan menyediakan maklumat bagi tujuan pembesaran asas cukai.

Peruntukan Perundangan:

Seksyen 81, Akta Cukai Pendapatan, 1967 memperuntukkan kuasa kepada LHDNM untuk meminta maklumat.

Prosedur:

Agensi Kerajaan/Syarikat swasta/individu dan orang perorangan yang yang dikehendaki untuk membekal maklumat melalui surat/notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai pendapatan 1967, perlu untuk mengemukakan maklumat dalam format softcopy kepada Cawangan LHDNM yang berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis/surat. Sekiranya memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyediakan maklumat tersebut, permohonan untuk melanjutkan tempoh masa pengemukaan boleh dibuat kepada Cawangan LHDNM yang berkenaan.

Pegawai Untuk Dihubungi:

Bahagian pengurusan maklumat dan Forensik Digital
03-89133800 sambungan 120567, 120269, 120126

Di lawati :
Kemaskini : :