Malaysian Income Tax Reporting System (MITRS)

Selaras dengan pengenalan seksyen 82B Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menaik taraf aplikasi MITRS di Portal MyTax bagi tujuan pengemukaan maklumat dan dokumen percukaian bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar oleh pembayar cukai.

MITRS dinaik taraf bertujuan :

  • Memudahkan pembayar cukai bagi mengemukakan penyata kewangan (beraudit / tidak beraudit), pengiraan cukai pendapatan, jadual lengkap elaun modal dan kenaan Jadual 3 yang dituntut dan pengiraan lengkap insentif yang dituntut dalam penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar kepada LHDNM secara dalam talian.
  • Mengurangkan kos pematuhan kepada pembayar cukai dan menjimatkan masa penghantaran dokumen yang ditetapkan / dikehendaki melalui platform digital yang disediakan.

MITRS akan terdiri daripada dua (2) modul pengemukaan dokumen seperti berikut:

  1. Pengemukaan maklumat dan dokumen percukaian di bawah seksyen 82B ACP 1967; dan
  2. Pengemukaan dokumen tambahan audit di bawah seksyen 80 / seksyen 81 ACP 1967

 

Bermula tahun taksiran 2025, di bawah peruntukan seksyen 82B ACP 1967, pembayar cukai yang mengemukakan Borang Nyata di bawah seksyen 77 atau 77A ACP 1967 dikehendaki memberi maklumat dan mengemukakan dokumen yang ditentukan oleh KPHDN bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar secara elektronik dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata.

Pengemukaan dokumen yang ditentukan adalah diwajibkan secara berperingkat bermula dengan pembayar cukai kategori syarikat dan perkongsian liabitliti terhad mulai tahun taksiran 2025.

Dokumen yang ditentukan di bawah seksyen 82B ACP 1967 yang perlu dikemukakan melalui MITRS bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar untuk tahun taksiran yang berkenaan adalah seperti berikut:-

  1. Penyata Kewangan Beraudit / Penyata Kewangan Tidak Beraudit; 
  2. Pengiraan Cukai Pendapatan;
  3. Jadual lengkap Elaun Modal dan Kenaan Jadual 3 ACP 1967 yang dituntut; dan
  4. Pengiraan lengkap insentif yang dituntut (jika berkaitan)

Dokumen hendaklah dikemukakan secara muat naik dalam format PDF. Panduan terperinci berkenaan pengemukaan dokumen ditetapkan di bawah seksyen 82B boleh dirujuk melalui pautan: Program Memfail Dokumen Di bawah Seksyen 82B Melalui MITRS.

Modul MITRS bagi kategori ini boleh digunakan oleh pembayar cukai mulai 1 April 2025.

Pengemukaan dokumen tambahan audit yang diminta oleh pegawai LHDNM berdasarkan surat permohonan dokumen dan surat permohonan dokumen tambahan yang dikeluarkan kepada pembayar cukai yang diaudit.

Dokumen tambahan audit boleh dikemukakan secara muat naik dalam format berikut:

  1. Excel file (*.xls / *.xlsx)
  2. PDF file (*.pdf)
  3. Text file (*.txt / *.csv / *.prn)
  4. Image (*.jpg / *.jpeg / *.png)
  5. Word (*.doc)

Modul MITRS bagi kategori ini boleh digunakan oleh pembayar cukai mulai 1 April 2025.

Di lawati :
Kemaskini : :