Perkhidmatan penghantaran data borang C berasaskan kaedah web API (Application Programming Interface) bagi membolehkan
firma ejen cukai menghantar data borang C secara terus dari sistem percukaian mereka ke sistem e-Filing LHDNM.

Skop Perlaksanaan:

  • Kemudahan disediakan untuk pengguna kategori ejen cukai.
  • Ejen cukai perlu mempunyai ID Sistem e-Filing Ejen Cukai (TAeF)
  • Dibuka bagi penghantaran data Borang C Tahun Taksiran 2019 dan keatas.

Kaedah Perlaksanaan:

Peringkat

Proses

Keperluan pada sistem percukaian firma ejen cukai

  • Firma ejen cukai perlu membangunkan Integrasi dengan e-Dts C pada sistem percukaian mereka; atau
  • Firma ejen cukai perlu menggunakan sistem percukaian yang mempunyai integrasi dengan e-Dts C.

Proses penghantaran data borang C secara ‘realtime”
realtime

  • Sistem percukaian yang digunakan oleh ejen cukai akan berkomunikasi secara terus dengan e-Dts C untuk menghantar data borang C mengikut format yang telah ditetapkan.
  • e-Dts C akan melakukan proses validasi data dan akan memulangkan paparan ralat sekiranya data yang dihantar tidak mengikut format yang telah ditetapkan.
  • Hanya data borang yang melepasi validasi akan disimpan dalam sistem e-Filing LHDNM.

Semakan dan proses tandatangan data borang di Sistem TAeF

  • Bagi menyempurnakan penghantaran data,  ejen cukai perlu login ke sistem TAeF untuk menyemak data borang C yang telah dihantar melalui menu e-Bas/e-DTS -> Semak / Cetak Deraf.
  • Seterusnya ejen cukai  boleh melakukan proses tandatangan dan hantar sama ada secara individu data atau berkelompok untuk mengesahkan penghantaran data borang C.
  • Fungsi ini boleh dicapai melalui https://taef.hasil.gov.my di bawah menu e-BaS / e-Dts seperti berikut :
  • Senarai Id Firma
  • Muat Naik XML
  • Cetak Draf
  • Penghantaran e-Borang

 

Spesifikasi keperluan integrasi.(Rujuk Lampiran)

Senarai pembekal perisian percukaian yang menepati spesifikasi e-DTS C 2019

Bil.

Nama Syarikat

Sistem Percukaian

Tarikh Integrasi

Kategori

1

IBIZZCLOUD SDN BHD
F-11-01 & 02, GARDEN SHOPPE @ ONE CITY
JALAN USJ 25/1B,
47650 SUBANG JAYA
SELANGOR
Telefon              : 03-5892 5678   
Alamat emel :  serene@ibizzcloud.com
Laman Web   :  www.ibizzcloud.com

iBiZZtax Cloud

4/11/2019

Pembekal Perisian

edited on 12/01/2022

Di lawati :
Kemaskini : :