Mengenai MyInvois e-POS
Sistem MyInvois e-POS adalah platform digital Point-of-Sale (POS) yang disediakan khas oleh HASiL dan boleh diakses secara percuma untuk kegunaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana bagi meningkatkan kecekapan operasi perniagaan di samping memenuhi keperluan pelaksanaan e-Invois. Selain fungsi pengurusan jualan, perakaunan, pengurusan inventori dan pelaporan kewangan, Sistem MyInvois e-POS ini juga membolehkan penjual mengeluarkan e-Invois secara langsung semasa transaksi dengan pembeli atau pembeli boleh meminta e-Invois daripada penjual selepas transaksi selesai. Dengan pelbagai fungsi yang ditawarkan, Sistem MyInvois e-POS menjadi pelengkap dalam menyokong ekosistem perniagaan dan memperkukuh pelaksanaan e-Invois di Malaysia.