Pemberitahuan Pekerja Baharu
-
Majikan bertanggungjawab melaporkan pekerja baharu yang boleh dikenakan cukai atau layak dikenakan cukai dalam tempoh 30 hari dari tarikh mula penggajian dengan menggunakan Borang CP22 (Borang Pemberitahuan Oleh Majikan Bagi Pekerja Baharu).
-
Perkhidmatan melalui aplikasi e-CP22 telah disediakan secara dalam talian melalui portal MyTax untuk digunakan oleh majikan bagi tujuan penghantaran Borang CP22. Manual Pengguna bagi e-CP22 boleh dicapai melalui Mytax > Panduan Pengguna.
-
Majikan juga boleh merujuk kepada Manual Penggunaan Permohonan Peranan dan FAQ MyTax yang boleh dicapai melalui MyTax > Panduan Pengguna bagi memudahkan penggunaan aplikasi e-CP22.
-
Mulai 1 September 2024, pengemukaan borang pemberitahuan oleh majikan bagi pekerja baharu adalah diwajibkan melalui e-CP22. Penghantaran Borang CP22 secara manual tidak lagi dibenarkan.
Ketidakpatuhan oleh majikan
-
Kegagalan majikan mematuhi peruntukkan tersebut di bawah Subseksyen 83(2) ACP 1967 tanpa alasan yang munasabah, apabila disabitkan dengan kesalahan, akan dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.
-
Majikan bertanggungjawab untuk membayar amaun penuh cukai yang kena dibayar oleh pekerjanya. Amaun kena dibayar oleh majikan merupakan suatu hutang kepada Kerajaan dan boleh dituntut melalui tindakan sivil.
Peruntukan berkaitan
-
Subseksyen 83(2) Akta Cukai Pendapatan 1967
-
Subseksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967
- Subseksyen 107(4) Akta Cukai Pendapatan 1967
-
Subseksyen 120(1) Akta Cukai Pendapatan 1967