|
TIADA PENALTI DALAM TAHUN PERTAMA PELAKSANAAN SISTEM TAKSIR SENDIRI DUTI SETEM
Selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 yang akan bermula pada 1 Januari 2026, HASiL ingin memaklumkan bahawa tiada pengenaan penalti ke atas surat cara yang disetemkan di bawah STSDS bagi kesalahan mengemukakan Borang Nyata Duti Setem (BNDS) yang tidak betul atau kesalahan memberikan apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat berhubung dengan apa-apa perkara yang memberi kesan kepada pengenaan duti. Klik untuk muat turun |