1. Borang Nyata boleh dikemukakan melalui dua (2) kaedah:
    1. Melalui penghantaran Borang Nyata secara manual ke Seksyen Pengurusan Rekod & Maklumat Percukaian, HASiL.

      Anda disarankan untuk merujuk kepada buku panduan / nota penerangan sebelum mengisi Borang Nyata.

      Borang Nyata dan  buku panduan / nota penerangan boleh diakses di portal rasmi HASiL, www.hasil.gov.my > Borang > Muat Turun > Individu > pilih Tahun Taksiran. Seterusnya, rujuk Buku Panduan / Nota Penerangan mengikut jenis borang yang berkaitan.

    2. Melalui penghantaran Borang Nyata secara dalam talian melalui platform e-Filing dalam sistem MyTax, https://mytax.hasil.gov.my.