PENALTI

  1. Surat cara hendaklah disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan dalam Malaysia atau dalam tempoh 30 hari selepas ia diterima dalam Malaysia sekiranya ia disempurnakan di luar Malaysia.

  2. Sekiranya ia tidak disetemkan dalam tempoh yang ditetapkan, penalti yang dikenakan berdasarkan tempoh kelewatan seperti berikut;
    • RM50.00 atau 10% daripada duti yang terkurang, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan dalam tempoh 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;

    • RM100.00 atau 20% daripada duti yang terkurang, yang mana lebih tinggi, sekiranya ia disetemkan selepas 3 bulan selepas masa untuk penyeteman;

    • Kadar di atas berkuat kuasa mulai dari 01/01/2025
Di lawati :
Kemaskini : :