-
Mengemukakan Borang Nyata CKHT
- Mengemukakan Borang Nyata CKHT dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan aset yang tertakluk kepada ACKHT 1976 seperti berikut:
Borang
Deskripsi
CKHT 1A
Pelupusan harta tanah tertakluk di bawah ACKHT 1976
CKHT 1B
Pelupusan syer tertakluk kepada perenggan 34 atau 34A Jadual 2 ACKHT 1976
CKHT 3
Pemberitahuan di bawah subseksyen 13(6) ACKHT 1976 : Perakuan pelupusan aset tidak tertakluk kepada cukai atau dikecualikan daripada bayaran cukai
-
Mulai 01 Januari 2025, pengemukaan Borang Nyata CKHT secara dalam talian di e-CKHT Portal MyTax melalui https://mytax.hasil.gov.my adalah mandatori termasuk bagi pelupusan tahun sebelumnya.
-
Pengemukaan Borang Nyata CKHT kertas adalah tidak diterima dan dianggap gagal mengemukakan Borang Nyata CKHT sekiranya tiada pengemukaan semula dibuat melalui e-CKHT di MyTax.
-
Mengisi Borang CKHT 1A / Borang CKHT 1B secara berasingan bagi setiap pelupus.
-
Bagi pelupusan satu harta tanah / syer yang mempunyai tarikh pemerolehan berbeza, maklumat di bahagian Pengiraan Keuntungan / Kerugian Pelupusan Harta Tanah / Syer hendaklah diisi mengikut tarikh dan bahagian pemerolehan berkaitan. Semua tuntutan kos sampingan diisi dalam ruang yang berkaitan mengikut bahagian pelupusan dan pemerolehan.
-
Membuat pengiraan keuntungan yang boleh dikenakan cukai sehingga jumlah cukai yang dikenakan di dalam Borang Nyata CKHT. Kadar cukai adalah seperti di Portal Rasmi LHDNM > Perkhidmatan > CKHT > Kadar CKHT.
-
Mengisi Borang CKHT 3 [Pemberitahuan di bawah subseksyen 13(6) ACKHT 1976] dengan lengkap bagi kes berikut:
- Permohonan pemilihan pengecualian CKHT untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Seksyen 8 ACKHT 1976.
- Pelupusan aset mengakibatkan kerugian kerana harga pelupusan adalah kurang daripada harga pemerolehan / pelupusan aset yang tiada keuntungan / tiada untung atau rugi (no gain no loss).
- Pelupusan aset yang dikecualikan cukai di bawah Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) / surat pengecualian. Sila nyatakan nombor perintah / nombor rujukan surat pengecualian.
- Pelupusan aset yang dikecualikan cukai menurut peruntukan ACKHT 1976 yang berkenaan.
-
Pelupus adalah dikecualikan daripada mengemukakan Borang Nyata CKHT jika keuntungan daripada pelupusan aset tertakluk di bawah ACP 1967.
Sebagai contoh penjualan rumah oleh pemaju kepada pembeli tidak tertakluk kepada pengemukaan Borang Nyata CKHT kerana rumah tersebut merupakan stok perniagaan kepada pemaju perumahan yang mana keuntungan penjualan adalah tertakluk di bawah ACP 1967.
- Mengemukakan Borang Nyata CKHT dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan aset yang tertakluk kepada ACKHT 1976 seperti berikut:
-
Membuat bayaran baki cukai
- Tempoh bayaran baki cukai
- Pelupusan Tahun Taksiran 2024 dan ke bawah
- Pelupus hendaklah membayar cukai atau baki cukai dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran.
- Pelupus hendaklah membayar cukai atau baki cukai dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran.
- Pelupusan Mulai Tahun Taksiran 2025 dan ke atas
- Pelupus hendaklah membayar cukai atau baki cukai dalam tempoh 90 hari dari tarikh pelupusan.
- Baki cukai wujud apabila amaun remitan oleh pemeroleh di bawah seksyen 21B ACKHT 1976 kurang daripada jumlah cukai yang kena dibayar. Pelupus perlu menjelaskan baki cukai tersebut.
- Sekiranya pelupus menerima notis taksiran asal / tambahan, bayaran baki cukai hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis taksiran.
- Pelupusan Tahun Taksiran 2024 dan ke bawah
- Tempoh bayaran baki cukai
-
Menyimpan rekod dan dokumen
- Mulai 01 Januari 2025, pelupus perlu menyimpan dokumen bagi tempoh tujuh (7) tahun daripada akhir tahun taksiran dan mengemukakan ke HASIL sekiranya diminta untuk semakan pengesahan.
- Jika Borang Nyata CKHT telah dikemukakan lewat kepada KPHDN, tempoh tujuh (7) tahun tersebut akan bermula daripada akhir tahun dalam mana Borang Nyata CKHT tersebut telah dikemukakan kepada KPHDN.
- Mulai 01 Januari 2025, pelupus perlu menyimpan dokumen bagi tempoh tujuh (7) tahun daripada akhir tahun taksiran dan mengemukakan ke HASIL sekiranya diminta untuk semakan pengesahan.
TANGGUNGJAWAB PELUPUS DAN PEMEROLEH
Di lawati :
Kemaskini : :