PINDAAN BORANG NYATA CKHT

  1. Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian maklumat dalam BNCKHT yang telah dikemukakan melalui e-CKHT boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan yang mengandungi makluman terperinci mengenai kesilapan yang dilakukan dengan menyertakan dokumen sokongan bagi mengukuhkan permohonan tersebut.

  2. Surat permohonan dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke LHDNM Negeri / Cawangan Khas yang mengendalikan fail percukaian pelupus atau melalui sistem maklum balas pelanggan.

Pembetulan kesilapan tidak melibatkan cukai tambahan

  1. Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian maklumat dalam BNCKHT yang telah dikemukakan melalui e-CKHT boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan yang mengandungi makluman terperinci mengenai kesilapan yang dilakukan dengan menyertakan dokumen sokongan bagi mengukuhkan permohonan tersebut.

  2. Surat permohonan dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke LHDNM Negeri / Cawangan Khas yang mengendalikan fail percukaian pelupus atau melalui sistem maklum balas pelanggan.

Pembetulan kesilapan melibatkan cukai tambahan

1. Borang Nyata Terpinda

Peruntukan baharu Seksyen 13A ACKHT 1976 membenarkan pelupus membuat pindaan berkenaan taksiran disifatkan ke atas BNCKHT bagi pelupusan mulai 01 Januari 2025 yang telah dikemukakan kepada KPHDN melalui BNT CKHT sekiranya memenuhi kriteria kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah :

  1. Pindaan taksiran boleh dibuat oleh pelupus dengan mengemukakan BNT CKHT kepada KPHDN dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh yang ditetapkan bagi pengemukaan BNCKHT (dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan aset).

  2. Pelupus yang telah mengemukakan BNCKHT dalam tempoh ditetapkan adalah dibenarkan membuat pindaan taksiran disifatkan dan ia hanya boleh dibuat sekali sahaja.

  3. Jika KPHDN telah membuat taksiran bagi tahun taksiran itu dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh pengemukaan BNCKHT, pelupus tidak layak mengemukakan BNT CKHT kepada KPHDN untuk meminda taksiran disifatkan.

  4. Pelupus hendaklah melaporkan maklumat tambahan dan meminda taksiran bagi membetulkan kesilapan dalam BNCKHT melalui BNT CKHT berhubung dengan:
    1. keuntungan terkurang atau tidak lapor;

    2. kos sampingan / perbelanjaan lain terlebih tuntut; atau

    3. perubahan tarikh pelupusan atau tarikh pemerolehan yang melibatkan perubahan kadar cukai.

  5. BNT boleh dikemukakan sekiranya pindaan melibatkan satu tarikh pemerolehan sahaja dan pengenaan adalah dari kena cukai kepada cukai tambahan (Tiada Borang CKHT 3 dikemukakan). Pindaan boleh dibuat melalui Pengakuan Sukarela bagi kriteria selain daripada dinyatakan di atas.

  6. Taksiran tambahan yang kena dibayar dibangkitkan di bawah peruntukan subseksyen 13A(1) ACKHT 1976 adalah tertakluk kepada kenaikan cukai (Subseksyen 13A(4) ACKHT 1976). Pelupus akan mengisi sendiri ruang pengiraan cukai yang terdapat pada BNT CKHT.

  7. Bagi pelupus yang mengemukakan BNCKHT dalam tempoh lanjutan masa yang dibenarkan oleh KPHDN, BNCKHT tersebut dianggap diterima di dalam tempoh yang ditetapkan di bawah ACKHT 1976 dan pembayar cukai adalah layak untuk mengemukakan BNT CKHT. Walau bagaimanapun, pengiraan tempoh enam (6) bulan yang dibenarkan bagi pengemukaan BNT CKHT adalah diambil kira mulai selepas tarikh akhir pengemukaan BNCKHT yang ditetapkan berdasarkan peruntukan seksyen 13A ACKHT 1976.

  8. KPHDN disifatkan telah membangkitkan taksiran pada tarikh BNT CKHT dikemukakan oleh pelupus menurut seksyen 13 ACKHT 1976. Keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai kena dibayar adalah amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam BNT CKHT itu.

2. Pengakuan Sukarela

Pelupus boleh mengemukakan pengakuan sukarela melalui surat rayuan bagi membuat pindaan taksiran disifatkan ke atas BNCKHT yang telah dikemukakan kepada KPHDN sekiranya memenuhi kriteria kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah :

  1. Pindaan melibatkan lebih dari satu tarikh pemerolehan dan
    1. Dari tidak kena cukai kepada kena cukai – notis taksiran asal; atau

    2. Dari kena cukai kepada cukai tambahan – notis taksiran tambahan.

  2. Pelupus tidak layak membuat pengakuan sukarela apabila tindakan audit telah bermula.

  3. KPHDN boleh menggunakan kuasa budi bicara berdasarkan subseksyen 40(3) ACKHT 1976 untuk mengurang atau menghapuskan penalti yang dikenakan. Kadar penalti di bawah subseksyen 30(2) ACKHT 1976 bagi kes pengakuan sukarela adalah seperti berikut:

    Tempoh Pengakuan Sukarela

    Kadar

    ≤ 6 bulan selepas tarikh akhir pengemukaan BNCKHT

    10%

    > 6 bulan selepas tarikh akhir pengemukaan BNCKHT

    20%

  4. Jika pelupus telah mengemukakan pengakuan sukarela pertama melalui BNT CKHT dan selanjutnya membuat pengakuan sukarela tambahan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh akhir pengemukaan BN, kadar penalti bagi pengakuan sukarela tersebut adalah 10%.

  5. Kemukakan surat permohonan yang mengandungi makluman terperinci mengenai pengakuan sukarela yang dilakukan dengan menyertakan dokumen sokongan bagi mengukuhkan permohonan tersebut.

  6. Surat permohonan dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke LHDNM Negeri / Cawangan Khas yang mengendalikan fail percukaian pembayar cukai atau melalui sistem maklum balas pelanggan.

Di lawati :
Kemaskini : :