Pelupus
-
Penalti di bawah subseksyen 29(3) ACKHT 1976
Penalti di bawah subseksyen 29(3) ACKHT 1976 boleh dikenakan sekiranya:
- Borang CKHT 1A / CKHT 1B gagal dikemukakan dengan lengkap dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan aset;
- Borang CKHT 1A / CKHT 1B dikemukakan selepas tarikh lanjutan masa yang dibenarkan; atau
- Pelupus gagal mengisytiharkan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai.
Penalti boleh dikenakan sehingga 3 kali ganda jumlah cukai dikenakan.
- Penalti di bawah subseksyen 30(2) ACKHT 1976
- Jika seseorang membuat suatu penyata yang tidak betul berkenaan suatu pelupusan aset atau memberikan maklumat yang tidak betul, KPHDN boleh mengenakan penalti di bawah subseksyen 30(2) ACKHT 1976.
- Penalti yang boleh dikenakan adalah bersamaan dengan amaun cukai terkurang lapor (maksimum sebanyak 100%).
- Jika seseorang membuat suatu penyata yang tidak betul berkenaan suatu pelupusan aset atau memberikan maklumat yang tidak betul, KPHDN boleh mengenakan penalti di bawah subseksyen 30(2) ACKHT 1976.
- Pengenaan di bawah subseksyen 14(5) ACKHT 1976
- Pelupus akan dikenakan suatu pengenaan di bawah peruntukan ini jika membuat suatu penyata yang tidak betul di bawah subseksyen 13(6) ACKHT 1976 iaitu kesilapan mengisi Borang CKHT 3 yang menyebabkan pemeroleh gagal meremit bayaran di bawah subseksyen 21B(1) atau (1A) ACKHT 1976.
- Pengenaan adalah sebanyak 10% atas jumlah cukai dikenakan.