1. Malaysian Income Tax Reporting System (MITRS) adalah platform atas talian bagi pengemukaan maklumat dan dokumen percukaian bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai.
2. Seksyen 82B ACP 1967 memperuntukkan bahawa pembayar cukai yang mengemukakan Borang Nyata di bawah seksyen 77 atau 77A ACP 1967 dikehendaki memberi maklumat dan mengemukakan dokumen yang ditentukan oleh KPHDN bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar secara elektronik dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata.

Senarai dokumen yang ditentukan adalah seperti di Nota Panduan.
3. Pemberian maklumat dan pengemukaan dokumen melalui MITRS akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pembayar cukai kategori Syarikat (C) dan Perkongsian Liabitliti Terhad (PT) mulai tahun taksiran 2025.

Mulai tahun taksiran 2026, pelaksanaan MITRS adalah diperluaskan kepada pembayar cukai kategori Unit Amanah / Amanah Harta Tanah (TC), Koperasi (CS), Badan Amanah (TA) dan Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta (TR).
4. Pemberian maklumat atau pengemukaan dokumen melalui MITRS hendaklah dilakukan dalam tempoh 30) hari selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata bagi tahun taksiran yang berkenaan.
5. Pembayar cukai boleh mengakses MITRS di Portal MyTax. Sila layari https://mytax.hasil.gov.my.
6. Ejen cukai boleh mengakses MITRS melalui Sistem TAeF. Sila layari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my.

Bil.

Jenis Fail

Kategori Pembayar Cukai

Tarikh Akhir Pengemukaan Dokumen melalui MITRS

Penyediaan Sistem
MITRS untuk:

Nota Panduan Pengemukaan Dokumen melalui MITRS

Pembayar Cukai Ejen Cukai (TAeF)
SYARIKAT, PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD, BADAN AMANAH ATAU KOPERASI
1.

C

Syarikat

30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata

 

 

 

 

1 April 2026

Rujuk Nota Panduan

 

 

 

 

2.

PT

Perkongsian Liabiliti Terhad

3.

TC

Unit Amanah / Amanah Harta Tanah

1 Julai 2026

4.

CS

Koperasi

1 Ogos 2026

5.

TA

Badan Amanah

1 Ogos 2026

6.

TR

Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta

1 September 2026

Bil.

Perkara

Nota Panduan

1. Pengemukaan dokumen yang ditentukan di bawah seksyen 82B melalui MITRS
  1. Pengemukaan dokumen yang ditentukan di bawah seksyen 82B

    Bermula tahun taksiran 2025, di bawah peruntukan seksyen 82B ACP 1967, pembayar cukai yang mengemukakan Borang Nyata di bawah seksyen 77 atau 77A ACP 1967 dikehendaki memberi maklumat dan mengemukakan dokumen yang ditentukan oleh KPHDN bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai secara elektronik dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata.

  2. Pelaksanaan secara berperingkat

    Pelaksanaan adalah secara berperingkat bermula dengan pembayar cukai kategori Syarikat (C) dan Perkongsian Liabitliti Terhad (PT) mulai tahun taksiran 2025.

    Mulai tahun taksiran 2026, pelaksanaan MITRS adalah diperluaskan kepada pembayar cukai kategori Unit Amanah / Amanah Harta Tanah (TC), Koperasi (CS), Badan Amanah (TA) dan Amanah Pelaburan Harta Tanah / Tabung Amanah Harta (TR).

  3. Kaedah pengemukaan

    Dokumen yang ditentukan di bawah seksyen 82B perlu dikemukakan melalui medium elektronik menggunakan platform MITRS yang boleh diakses melalui Portal MyTax mulai 1 April 2025. Sila layari https://mytax.hasil.gov.my.

    MITRS boleh diakses menggunakan peranan Pengarah, Wakil Pengarah atau Ejen Cukai.

    Pembayar cukai perlu memastikan Borang Nyata bagi tahun taksiran yang berkenaan telah dikemukakan sebelum memberi maklumat atau mengemukakan dokumen melalui MITRS.

  4. Tarikh akhir pengemukaan dokumen yang ditentukan

    Pengemukaan dokumen hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata.

  5. Format dan saiz dokumen yang ditentukan

    Dokumen hendaklah dimuat naik ke dalam MITRS menggunakan format pdf tidak melebihi 20 Megabyte (MB) bagi tahun taksiran berkenaan.

  6. Tanggungjawab Pengemukaan Dokumen

    Tanggungjawab pengemukaan dokumen adalah terletak kepada orang yang layak kena cukai menurut peruntukan seksyen 66 hingga seksyen 75B ACP 1967.

    Pembayar cukai juga boleh melantik ejen cukai berlesen di bawah seksyen 153 ACP 1967 bagi tujuan pengemukaan dokumen.

2. Dokumen yang ditentukan di bawah seksyen 82B

Dokumen yang ditentukan dibawah seksyen 82B ACP 1967 yang perlu dikemukakan melalui MITRS bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar untuk tahun taksiran yang berkenaan adalah seperti berikut:-

  1. Penyata Kewangan Beraudit / Penyata Kewangan Tidak Beraudit;
  2. Pengiraan Cukai Pendapatan;
  3. Jadual lengkap Elaun Modal dan Kenaan Jadual 3 ACP 1967 yang dituntut (jika berkaitan); dan
  4. Pengiraan lengkap insentif yang dituntut (jika berkaitan)

Panduan terperinci dokumen yang ditentukan adalah seperti berikut:

i.

Penyata Kewangan Beraudit / Penyata Kewangan Tidak Beraudit

Format: pdf file
(* . pdf)

Penyata kewangan yang menjadi asas dalam pengiraan cukai:

    1. Penyata Kewangan Beraudit termasuk Laporan Pengarah dan Penyata Pendapatan Terperinci seperti yang disediakan mengikut mana-mana undang-undang bertulis bagi tahun taksiran yang berkenaan; atau

    2. Penyata Kewangan Tidak Beraudit ialah laporan kewangan di mana pengecualian audit diberikan dalam mana-mana undang-undang bertulis. Sebagai panduan, sila rujuk Practice Directive (PD 10/2024) yang dikeluarkan oleh pihak SSM berkenaan syarikat yang layak pengecualian audit; atau

    3. Akaun Penyelesai (merujuk kepada Borang 75 – Liquidator’s Account of Receipt & Payments & A Statement of the Position in the Winding Up) bagi syarikat dalam proses pembubaran atau penggulungan; dan

    4. Mulai tahun taksiran 2026, bagi syarikat insurans ATAU pengendali takaful, dokumen berikut PERLU disertakan bersama Penyata Kewangan Beraudit / Penyata Kewangan Tidak Beraudit ( mana-mana yang berkenaan):

      a. Syarikat Insurans:

       i) Insurance Companies Statistical System (ICSS); dan

          ii) Risk Based Capital (RBC)

      b. Pengendali Takaful:

          i) Takaful Operator Statistical System (TOSS); dan

          ii) Risk Based Capital Takaful (RBCT)

ii.

Pengiraan cukai pendapatan

Format: pdf file
(* . pdf)

Pengiraan Cukai Pendapatan berserta penyata pendapatan terperinci dan pelarasan terperinci akaun bagi tahun taksiran yang berkenaan.
iii.

Jadual lengkap Elaun Modal dan Kenaan Jadual 3 ACP 1967 yang dituntut (jika berkaitan)

Format: pdf file
(* . pdf)

Jadual lengkap pengiraan Elaun Modal dan Kenaan di bawah Jadual 3 ACP 1967 termasuk Elaun Imbangan dan Kenaan Imbangan hendaklah dikemukakan sekiranya membuat tuntutan bagi tahun taksiran yang berkenaan.
iv.

Pengiraan lengkap insentif yang dituntut (jika berkaitan)

Format: pdf file
(* . pdf)

Pengiraan lengkap insentif seperti yang dituntut dalam pengiraan cukai bagi tahun taksiran yang berkenaan.

Senarai dokumen yang ditentukan di atas adalah tertakluk kepada pindaan/ penambahan berdasarkan ketetapan oleh KPHDN.

Dokumen yang ditentukan hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Dokumen yang disediakan dalam selain bahasa tersebut perlu diterjemahkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

3. Pindaan ke atas dokumen tertentu yang telah dikemukakan

Dokumen yang telah dikemukakan melalui MITRS boleh dimuat naik semula pada bila-bila masa sekiranya terdapat pindaan ke atas mana-mana maklumat di dalam dokumen yang telah dikemukakan sebelum ini. Pindaan melalui Modul 82B ini adalah merujuk KEPADA pengemukaan Borang Nyata di bawah seksyen 77 atau 77A ACP 1967 SAHAJA. Oleh yang demikian apa-apa pindaan perlulah dikaitkan secara langsung dengan skop pelaporan yang telah dibuat dalam Borang Nyata (asal) berkenaan.

Pembayar cukai dikehendaki memuatnaik semula kesemua dokumen yang berkenaan termasuk dokumen yang tidak terlibat pindaan. Tarikh pengemukaan dokumen akan dikemaskini berdasarkan tarikh muat naik yang terkini.

Sekiranya dokumen / pindaan dokumen dikemukakan selepas tarikh akhir yang ditetapkan, pengemukaan dianggap lewat dan tertakluk kepada kesalahan dan boleh dikenakan denda di bawah perenggan 120(1)(d) ACP 1967 iaitu tidak kurang dari dua ratus ringgit dan tidak lebih dari dua puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

4. Kegagalan mengemukakan dokumen yang ditentukan

Kegagalan mematuhi seksyen 82B ACP 1967 merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda di bawah perenggan 120(1)(d) ACP 1967 iaitu tidak kurang dari dua ratus ringgit dan tidak lebih dari dua puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.