| 1. | Malaysian Income Tax Reporting System (MITRS) adalah platform atas talian bagi pengemukaan maklumat dan dokumen percukaian bagi maksud penentuan pendapatan yang boleh dikenakan cukai. |
| 2. | Seksyen 22EB ACAPL 1990 memperuntukkan bahawa pembayar cukai yang mengemukakan Penyata Keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10 ACAPL 1990 dikehendaki memberi maklumat dan mengemukakan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh KPHDN bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar atau keuntungan bersihnya secara elektronik dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pengemukaan Penyata Keuntungan. Senarai dokumen yang ditentukan adalah seperti di Nota Panduan. |
| 3. | Pemberian maklumat dan pengemukaan dokumen melalui MITRS akan dilaksanakan berkuat kuasa tahun taksiran 2025 (Asas Tahun Semasa). |
| 4. | Pemberian maklumat atau pengemukaan dokumen melalui MITRS hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh akhir untuk pengemukaan Penyata Keuntungan bagi tahun taksiran yang berkenaan. |
| 5. | Pembayar cukai boleh mengakses MITRS di Portal MyTax. Sila layari https://mytax.hasil.gov.my. |
| 6. | Ejen cukai boleh mengakses MITRS melalui Sistem TAeF System. Sila layari Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my. |
PROGRAM MEMFAIL DOKUMEN YANG DITENTUKAN DI BAWAH SEKSYEN 22EB ACAPL 1990 MELALUI MITRS
|
Bil. |
Jenis Fail |
Kategori Pembayar Cukai |
Tarikh Akhir Pengemukaan Dokumen melalui MITRS |
Penyediaan Sistem |
Nota Panduan Pengemukaan Dokumen melalui MITRS |
|
| Pembayar Cukai | Ejen Cukai (TAeF) | |||||
| ENTITI LABUAN | ||||||
| 1. |
LE |
Entiti Labuan |
30 hari dari tarikh akhir pengemukaan Penyata Keuntungan |
1 September 2025 |
Rujuk Nota Panduan |
|
NOTA PANDUAN PENGEMUKAAN DOKUMEN YANG DITENTUKAN DI BAWAH SEKSYEN 82B MELALUI MITRS
|
Bil. |
Perkara |
Nota Panduan |
|||||||||
| 1. | Pengemukaan dokumen yang ditentukan di bawah seksyen 22EB melalui MITRS |
|
|||||||||
| 2. | Dokumen yang ditentukan di bawah seksyen 22EB ACAPL 1990 |
Dokumen yang ditentukan di bawah seksyen 22EB ACAPL 1990 yang perlu dikemukakan melalui MITRS bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar atau keuntungan bersihnya untuk tahun taksiran yang berkenaan adalah seperti berikut:-
Panduan terperinci dokumen yang ditentukan adalah seperti berikut:
Senarai dokumen yang ditentukan di atas adalah tertakluk kepada pindaan/penambahan berdasarkan ketetapan oleh KPHDN. Dokumen yang ditentukan hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Dokumen yang disediakan dalam selain bahasa tersebut perlu diterjemahkan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. |
|||||||||
| 3. | Pindaan ke atas dokumen tertentu yang telah dikemukakan |
Dokumen yang telah dikemukakan melalui MITRS boleh dimuat naik semula pada bila-bila masa sekiranya terdapat pindaan ke atas mana-mana maklumat di dalam dokumen yang telah dikemukakan sebelum ini. Pindaan melalui Modul 22EB ini adalah merujuk KEPADA pengemukaan Penyata Keuntungan di bawah seksyen 5 atau 10 ACAPL 1990 SAHAJA. Oleh yang demikian apa-apa pindaan perlulah dikaitkan secara langsung dengan skop pelaporan yang telah dibuat dalam Penyata Keuntungan (asal) berkenaan. Pembayar cukai dikehendaki memuatnaik semula kesemua dokumen yang berkenaan termasuk dokumen yang tidak terlibat pindaan. Tarikh pengemukaan dokumen akan dikemaskini berdasarkan tarikh muat naik yang terkini. Sekiranya dokumen / pindaan dokumen dikemukakan selepas tarikh akhir yang ditetapkan, pengemukaan dianggap lewat dan tertakluk kepada kesalahan dan boleh dikenakan denda di bawah perenggan 120(1)(d) ACP 1967 iaitu tidak kurang dari dua ratus ringgit dan tidak lebih dari dua puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. |
|||||||||
| 4. | Kegagalan mengemukakan dokumen yang ditentukan |
Kegagalan mematuhi seksyen 22EB ACAPL 1990 merupakan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda di bawah perenggan 23(1)(c) ACAPL 1990 iaitu tidak kurang dari dua puluh ribu ringgit dan tidak lebih dari satu juta ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. |