Format Baucar Dividen

Jenis Dokumen

Catatan

Baucar Dividen
(Mulai Tahun Taksiran 2025)

Mulai Tahun Taksiran 2025, suatu syarikat yang membayar, mengkredit atau mengagih dividen yang diperoleh dari Malaysia, DIWAJIBKAN untuk mengeluarkan suatu perakuan atau baucar dividen kepada pemegang saham individu bagi menyatakan amaun kasar dividen dan amaun yang dibayar atau dikreditkan.

Sekiranya dividen dibayar dalam bentuk harta selain wang, nilai pasaran harta tersebut pada masa pengagihan hendaklah ditunjukkan dalam baucar dividen. Baucar dividen tersebut boleh dirujuk bagi tujuan pelaporan cukai pendapatan.

Nota:
Baucar dividen mengikut format ini hendaklah dikeluarkan kepada semua kategori pemegang saham termasuk pemegang saham syarikat bagi memastikan keseragaman dalam pelaporan cukai.

Format Baucar Dividen dan Contoh Baucar Dividen adalah seperti berikut: