Pengenalan
Model Perjanjian Malaysia bagi tujuan rundingan Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) pada awalnya adalah berdasarkan peruntukan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) Model Tax Convention (MTC). Model Malaysia kemudiannya tidak bersandarkan sepenuhnya kepada peruntukan OECD MTC dan terdapat dalam sebahagian PPPDK Malaysia dengan rakan pejanji, peruntukan OECD MTC sama ada telah diterima pakai sepenuhnya atau sebahagiannya; atau terdapat peruntukan yang diwujudkan khas bagi mengambil kira kedudukan percukaian domestik di Malaysia. Dalam sesetengah PPPDK, Malaysia juga telah menggunakan peruntukan daripada Konvensyen Model Cukai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN MTC).
Terdapat 2 jenis PPPDK iaitu :
- PPPDK komprehensif yang meliputi semua jenis pendapatan; dan
- PPPDK terhad yang meliputi hanya pendapatan tertentu – contohnya pendapatan aktiviti perkapalan dan/atau pengangkutan udara.
Malaysia telah menandatangani dan sedang menguatkuasa perjanjian antarabangsa yang terdiri daripada Perjanjian seperti di bawah:
Semua perjanjian ini diwartakan di mana setiap dokumen mempunyai nombor perintah yang unik.
Laman web ni memaparkan maklumat mengenai status, tarikh yang berkaitan (tarikh tandatangan, penamatan dan tarikh kuatkuasa) perjanjian antarabangsa dengan rakan pejanji.
Menu lain di laman web ini:
Tarikh kuat kuasa (EiF) sesuatu perjanjian cukai ialah apabila kedua-dua negara telah melengkapkan prosedur tertentu yang diperlukan untuk memberikan perjanjian itu kuasa undang-undang dalam bidang kuasa negara masing-masing (pada amnya prosedur tertentu tersebut adalah sama ada menerusi ratifikasi atau enakmen sebagai statut). Proses ini seringkali diikuti dengan pertukaran instrumen ratifikasi atau pertukaran nota diplomatik yang menyatakan bahawa prosedur domestik berkaitan telah selesai.
Setelah itu peruntukan perjanjian cukai akan berkuat kuasa (EiE) dari tarikh atau tarikh-tarikh yang ditetapkan dalam perjanjian.