PENGENALAN

Cukai korporat dikenakan atas syarikat bermastautin (sendirian berhad dan berhad) yang memperolehi pendapatan:

  • Di Malaysia dan;
  • Dari luar Malaysia bagi syarikat insurans, pengangkutan laut dan udara dan perbankan sahaja.

TANGGUNGJAWAB SYARIKAT

    • Hantar anggaran cukai secara e-Filing (e-CP204) atau borang kertas (CP204) ke Pusat Pemprosesan Maklumat HASiL secara manual. Mulai Tahun Taksiran 2018, anggaran cukai perlu dihantar secara e-Filing (e-CP204).
    • Bayaran Ansuran Syarikat (anggaran dibuat oleh syarikat)

Perkara Koperasi
Baharu
Koperasi
Sedia Ada
Borang
Hantar Anggaran
Dalam masa 3 bulan pertama operasi
30 hari sebelum mula tempoh asas
CP204
Mula Bayar

Bulan ke-6
tempoh asas

Bulan ke-2
tempoh asas

CP207
Tarikh Bayaran
Sebelum / pada 15 haribulan
CP207
Pinda Anggaran
Bulan ke-6 atau ke-9 tempoh asas
e-CP204A

Syarikat dorman tidak perlu hantar CP204

  • Hantar Borang e-C secara e-Filing (termasuk syarikat dorman).
  • Bayar baki cukai (jika ada) menggunakan CP207 sebelum / pada hari terakhir penghantaran Borang e-C (7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan).
  • Simpan rekod dan buku akaun selama 7 (TUJUH) tahun bagi tujuan semakan HASiL.

KESALAHAN

  • Kegagalan syarikat mematuhi tanggungjawab akan mengakibatkan syarikat tertakluk kepada:

    Kesalahan Jenayah Kesalahan Sivil
    Kegagalan menghantar dan melaporkan pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan dan kegagalan melaporkan pendapatan yang sepatutnya (tuntutan palsu) di Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)
    Kegagalan membayar cukai pendapatan mengikut tempoh yang ditetapkan

ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB

  • Pengarah-Pengarah Syarikat
  • Setiausaha Syarikat
  • Pengurus Atau Pegawai Utama
  • Sesiapa sahaja yang menjalankan mana-mana fungsi di atas.

KADAR CUKAI KORPORAT

JENIS TAKSIRAN
TAHUN TAKSIRAN (T/T)
2009-2015
2016
2017 - 2018
2019

Modal berbayar sehingga RM2.5 juta pada awal tempoh asas

  • Pendapatan bercukai RM500,000 pertama
20%
19%
18%
17%
  • Pendapatan bercukai selebihnya
25%
24%
24%
24%
Modal berbayar melebihi RM2.5 juta pada awal tempoh asas
25%
24%
24%
24%

Jadual Kod Bayaran di Bank Ejen HASiL dan Pos Malaysia adalah seperti berikut:

Item
Kod Bayaran
Keterangan
1

086

Bayaran Ansuran Cukai Syarikat
2

088

Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
3

095

Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)
4

150

Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
5

151

Bayaran Seksyen 108
6

152

Bayaran Kenaikan Seksyen 108
7

153

Bayaran Kenaikan Komposit
8

154

Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
9

155

Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
10

156

Bayaran Kos Mahkamah
11

157

Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
12

158

Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
13

159

Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
14

160

Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
15

173

Bayaran Kos Guaman
16

178

Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
17

181

Bayaran Kenaikan Seksyen 25
18

259

Bayaran Seniman Kembara
19

351

Bayaran Semula Pampasan 2%
20

353

Bayaran Kenaikan Pampasan 2%
21

361

Bayaran Penalti Khas Subseksyen 113(1)/114(1)
22

362

Bayaran Taksiran LBATA (Kadar Tetap RM 20,000.00)
23

363

Bayaran Taksiran LBATA (3% ke atas Pendapatan Bercukai)
24

364

Bayaran Kompaun LBATA
25

365

Bayaran Kenaikan Seksyen 13 LBATA
26

375

Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Perdagangan)
27

376

Bayaran Taksiran LBATA (24%Aktiviti Bukan Perdagangan)