Insentif

Akta Penggalakan Pelaburan 1986

Pioneer Status

Investment Tax Allowance

Infrastructure Allowance

Industrial Adjustment Allowance (IAA)

Double Deduction For Promotion Of Exports

Labuan : Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa

Cukai dikenakan ke atas syarikat luar pesisir dalam atau dari Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan luar pesisir seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990 (LOBATA) berkuat kuasa dari tahun taksiran 1991.

Aktiviti perniagaan luar pesisir di kategorikan di bawah:

  1. Aktiviti Perdagangan Luar Pesisir - termasuk bank, insurans, perdagangan, pengurusan, pengeluaran lesen atau lain-lain aktiviti bukan perdagangan luar pesisir, tidak termasuk operasi perkapalan dan petroleum.

  2. Aktiviti Bukan Perdagangan Luar Pesisir - merujuk kepada aktiviti berkaitan dengan pemegangan pelaburan sekuriti, stok, saham, pinjaman, deposit dan harta tak alih oleh syarikat luar pesisir di atas namanya sendiri.

Apabila KEDUA-DUA aktiviti di atas dijalankan oleh syarikat luar pesisir, syarikat tersebut dianggap sebagai menjalankan aktiviti perdagangan luar pesisir.

Keutamaan layanan cukai di bawah LOBATA diberikan kepada syarikat luar pesisir yang menjalankan aktiviti perdagangan luar pesisir dan bukan perdagangan luar pesisir. Sebuah syarikat luar pesisir yang menjalankan aktiviti perdagangan luar pesisir akan di cukai pada kadar 3% daripada keuntungan bersih syarikat yang ditunjukkan di dalam akaun yang telah diaudit atau membayar pada kadar tetap RM20,000 mengikut pemilihan syarikat. Satu lagi alternatif, syarikat boleh memilih untuk membayar pada kadar tetap RM20,000 kepada Pendaftar Syarikat. Walau bagaimanapun mulai tahun taksiran 1999 opsyen untuk membayar fee pentadbiran ini telah dimansuhkan. Pendapatan syarikat luar pesisir daripada aktiviti bukan perdagangan tidak akan dikenakan cukai

Pendapatan yang diperoleh oleh seseorang atau pekerjanya atau syarikat daripada perkhidmatan profesional yang berkelayakan yang diberikan kepada syarikat luar pesisir di Labuan dikecualikan daripada cukai setakat amaun yang bersamaan dengan 50 peratus daripada pendapatan larasan punca tersebut. Pengecualian ini terpakai dari tahun taksiran 1992 hingga tahun taksiran 1997. Mulai tahun 1997, pengecualian pada kadar 65% diberikan bagi setiap tahun taksiran 1997 hingga tahun taksiran 2000.

Pendapatan seseorang yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan aset berkelayakan atau penyewaan aset berkelayakan di Labuan, dikecualikan daripada cukai setakat amaun yang bersamaan dengan 50 peratus daripada pendapatan larasan punca tersebut.

Pendapatan yang diperoleh oleh individu bukan pemastautin daripada penggajian yang dijalankan sebagai pengurus di dalam syarikat luar pesisir di Labuan, dikecualikan daripada cukai setakat amaun yang bersamaan dengan 50 peratus daripada pendapatan kasar penggajian tersebut bagi tempoh enam tahun mulai daripada tahun taksiran 1992 hingga tahun taksiran 1997. Pengurangan ini telah dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2000.

Pendapatan seseorang yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan aset berkelayakan atau penyewaan aset berkelayakan di Labuan, dikecualikan daripada cukai setakat amaun yang bersamaan dengan 50 peratus daripada pendapatan larasan punca tersebut.

  1. Dividen yang dibayar atau yang diterima oleh syarikat luar pesisir di Labuan tidak tertakluk kepada cukai.

  2. Tiada cukai pegangan ke atas royalti, bunga, fee teknikal atau fee pengurusan yang dibayar oleh syarikat luar pesisir kepada bukan pemastautin atau syarikat luar pesisir yang lain.

  3. Tiada cukai jualan, duti import, duti eksais dan duti eksport kecuali bagi petroleum dan produk petroleum.

Semua perantaraan yang dilakukan berkaitan dengan perniagaan luar pesisir oleh syarikat luar pesisir tidak tertakluk kepada duti setem.