KRITERIA BORANG TIDAK LENGKAP YANG TIDAK BOLEH DITERIMA

PEMBERITAHUAN
BORANG TIDAK LENGKAP YANG TIDAK BOLEH DITERIMA TIDAK AKAN DIPROSES DAN SURAT PEMBERITAHUAN AKAN DIKELUARKAN. KELEWATAN ATAU KEGAGALAN MENGEMUKAKAN BORANG INI BOLEH DISABITKAN KESALAHAN DI BAWAH PERENGGAN 120(1)(c) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

CATATAN

  1. Borang dalam format PDF yang dicetak dari Portal Rasmi HASiL yang tidak memenuhi spesifikasi cetakan adalah tidak dibenarkan.
  2. Menggunakan borang yang dicetak dalam format sendiri adalah tidak dibenarkan.
  3. Terdapat muka surat yang tercicir daripada borang yang dikemukakan oleh majikan / wakil majikan

 

PENERANGAN

Spesifikasi cetakan borang yang diterima:

  1. Jenis Kertas :
    • Plain white A4 (* Bukan kertas kitar semula)
    • (210mm x 297mm) / 80gsm (minimum)
  2. Orientasi Kertas: Portrait
  3. Teknologi Cetakan: Laser
  4. Warna Cetakan: Hitam / Pure Black / Monochrome
  5. Kualiti cetakan: Single sided / 1 sheet per page / 300 dpi

Majikan hendaklah memastikan muka surat dalam borang adalah mencukupi seperti borang asal yang dikeluarkan oleh HASiL.

CATATAN

Pengisian maklumat dengan menggunakan pensel atau pen berdakwat selain hitam adalah tidak dibenarkan.

 

PENERANGAN

Isi semua ruangan yang berkaitan menggunakan:

  1. pen mata bulat berdakwat hitam dengan huruf besar; atau
  2. ditaip menggunakan komputer dan dicetak pada borang.

  1. Borang CP21, CP22A dan CP22B asal boleh dikemukakan melalui kaedah berikut:
    • melalui aplikasi e-SPC.


  2. Borang CP21, CP22A dan CP22B pindaan / tambahan atau pembatalan boleh dikemukakan melalui kaedah berikut:
    • borang maklum balas pelanggan
    • ke pejabat HASiL yang mengendalikan nombor cukai pendapatan pekerja atau mana-mana pejabat HASiL berhampiran.


  3. Borang CP22 boleh dikemukakan melalui kaedah berikut:
    • melalui aplikasi e-CP22 (digalakkan)
    • ke pejabat HASiL yang mengendalikan nombor majikan atau mana-mana pejabat HASiL berhampiran.

CATATAN

Tidak memasukkan maklumat majikan dalam borang seperti:-

  1. Nama
  2. Alamat
  3. Nombor majikan (E)

 

PENERANGAN

Majikan hendaklah memastikan maklumat yang dinyatakan adalah benar, betul dan lengkap.

CATATAN

Tidak memasukkan maklumat asas pekerja dalam borang seperti:

  1. Nama penuh;
  2. Nombor pengenalan / pasport; atau
  3. Nombor cukai pendapatan.

 

PENERANGAN

  1. Majikan hendaklah memastikan bahawa maklumat yang dikemukakan adalah benar, betul dan lengkap.
  2. Majikan turut perlu mengemukakan salinan kad pengenalan / pasport jika terdapat perbezaan dengan maklumat yang dilaporkan sebelum ini kepada LHDNM.

CATATAN

Tidak memasukkan maklumat di Bahagian ‘Butir-butir Saraan’ / ‘Maklumat Saraan Bulanan’.

 

PENERANGAN

Majikan hendaklah memastikan amaun yang dinyatakan adalah benar, betul dan lengkap.

CATATAN

Tidak memasukkan maklumat tarikh dalam borang seperti:

  1. Tarikh mula bekerja
  2. Tarikh berhenti / persaraan / kematian
  3. Tarikh dijangka meninggalkan Malaysia

 

PENERANGAN

Majikan hendaklah memastikan tarikh yang dinyatakan adalah benar, betul dan lengkap.

CATATAN

  1. Tiada maklumat berikut:
    • Nama
    • Nombor pengenalan / pasport
    • Jawatan
  2. Tandatangan:
    • Tiada tandatangan.
    • Tandatangan di luar petak yang disediakan dalam borang.
    • Menggunakan cap tandatangan atau tandatangan digital.
    • Borang bukan ditandatangani oleh pemegang jawatan yang layak (bagi pihak sesuatu syarikat / kumpulan orang) seperti dikehendaki di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
  3. Butiran di Bahagian ‘Akuan’ adalah sama dengan maklumat asas pekerja (borang diisi dan ditandatangani oleh pekerja).

 

PENERANGAN

  1. Pengakuan perlu dibuat mengikut kategori majikan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 66 hingga 76 dan seksyen 86 Akta Cukai Pendapatan 1967.
  2. Borang yang tidak ditandatangani tidak akan diproses.
  3. Borang hendaklah ditandatangani menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam
  4. Penggunaan cap tandatangan dan tandatangan digital adalah tidak dibenarkan.
  5. Butiran di bahagian ‘Akuan’ hendaklah diisi dengan benar, betul dan lengkap