Talian khidmat pelanggan kami sedang menerima jumlah panggilan yang tinggi pada waktu ini. Sebarang kesulitan yang dihadapi amat dikesali dan kesabaran tuan/puan amat kami hargai. Sila layari portal rasmi LHDNM atau sila log in ke MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ untuk menggunakan perkhidmatan ez-Hasil yang disediakan.

Semakan nombor cukai boleh dibuat secara dalam talian melalui:

  1. MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/;
  2. Permohonan semakan melalui Borang Maklum Balas Pelanggan di portal rasmi LHDNM

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kata laluan MyTax hanya boleh dilakukan secara atas talian melalui https://mytax.hasil.gov.my.

Sila layari web https://mytax.hasil.gov.my  > Panduan Pengguna (lihat menu bahagian atas paparan MyTax) > Panduan Pengguna (web) > Rujuk mukasurat 5-23.

Layari https://mytax.hasil.gov.my/

  1. Sila pilih jenis pengenalan
  2. Masukkan nombor pengenalan dan klik “Hantar”
  3. Klik “Lupa kata laluan”
  4. Sila Pilih Medium Set Semula > Emel Berdaftar Dengan LHDNM > pengesahan Maklumat emel berdaftar akan dipaparkan
  5. Jika emel yang dipaparkan adalah tepat, klik “Ya” untuk teruskan dan klik “Hantar”
  6. Makluman untuk semak emel berdaftar tuan akan dipaparkan.
    • Sila login ke dalam emel tuan dan semak emel dari noreply-efiling@hasil.gov.my.
    • Klik pautan yang diberikan. Pautan sah sehingga 48 jam.
    • Sila masukkan kata laluan baru (8-12 aksara).
    • Pengesahan Kata Laluan Baru (semula) perlu dilakukan dan klik “Hantar”
  7. Jika emel yang dipaparkan adalah tidak tepat, klik pautan “Klik Disini” untuk kemaskini emel
  8. Borang maklumbalas pelanggan akan dipaparkan.
    • Klik “kemaskini butiran pembayar cukai“ ⇒ seterusnya ⇒ isi dengan lengkap borang maklumbalas ⇒ seterusnya
    • Muat naik dokumen: sila kemukakan surat permohonan bertulis dan lampirkan salinan Mykad / Pasport / Kad polis / Kad tentera (individu)
    • Klik “seterusnya”
    • Maklum balas akan dihantar ke alamat emel tuan / puan dalam tempoh 7 hari bekerja.

Layari https://mytax.hasil.gov.my :

  1. Sila pilih jenis pengenalan
  2. Masukkan nombor pengenalan dan klik “Hantar”
  3. Klik “lupa kata laluan”
  4. Makluman “Tiada Maklumat e-mel berdaftar di LHDNM” akan dipaparkan.
  5. Klik “Borang Maklum Balas Pelanggan” untuk mengemaskini alamat emel.
  6. Borang maklumbalas pelanggan akan dipaparkan.
    • Klik “kemaskini butiran pembayar cukai” ⇒ seterusnya ⇒ isi dengan lengkap borang maklumbalas ⇒ seterusnya.
    • Muat naik dokumen: sila kemukakan surat permohonan bertulis dan lampirkan salinan Mykad/Kad polis/Kad tentera/Pasport (individu)
    • Klik “seterusnya”
    • Maklum balas akan dihantar ke alamat emel tuan / puan dalam tempoh 7 hari bekerja.

Bayaran balik akan diproses dalam tempoh:

  • 30 hari bekerja dari tarikh penghantaran borang sekiranya borang dikemukakan pada atau sebelum tarikh akhir pengemukaan bagi penghantaran melalui e-filing.
  • 90 hari bekerja dari tarikh penghantaran borang sekiranya borang dikemukakan pada atau sebelum tarikh akhir pengemukaan bagi penghantaran borang kertas.

Anda dinasihatkan menghantar surat rayuan (yang menyatakan kesilapan yang telah dibuat), dokumen sokongan dan membuat pengiraan semula ke Pejabat LHDNM yang mengendalikan fail anda.

Namun, sekiranya pindaan tersebut melibatkan pendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih lapor yang mengakibatkan cukai atau cukai tambahan dikenakan, anda perlu mengisi Borang Nyata Terpinda. Borang Nyata Terpinda yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan ke pejabat HASiL yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda. Pembayar cukai dibenarkan membuat pindaan sendiri ke atas maklumat atau taksiran dalam Borang Nyata yang telah dikemukakan kepada HASiL dalam tempoh ditetapkan dengan mengemukakan Borang Nyata Terpinda (BNT) dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata.

Jika pindaan adalah kerana ingin membuat pembetulan pada pendapatan yang telah terlebih lapor atau pada tuntut pelepasan cukai atau rebat cukai yang terkurang tuntut, pindaan boleh dilakukan melalui platform e-filing di MyTax.

LHDNM tidak menggunakan nombor telefon bimbit untuk berhubung dengan pembayar cukai. Sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap panggilan yang diterima, sila hubungi talian HASiL Contact Centre / Pejabat LHDNM Negeri bagi mendapatkan pengesahan.

Prosedur permohonan adalah dengan mengemukakan satu surat rayuan permohonan ansuran kepada Unit Pungutan di Pejabat LHDNM yang mengendalikan fail cukai tersebut. Surat berkenaan hendaklah diterima oleh Unit Pungutan sebelum 30 April atau 30 Jun tahun berkenaan.

Permohonan juga boleh dibuat melalui Borang Maklum Balas Pelanggan di Portal Hasil dengan melampirkan surat rayuan permohonan ansuran. Adalah diingatkan bahawa, meskipun rayuan untuk membayar baki cukai secara ansuran diluluskan, kenaikan cukai atas kelewatan untuk menjelaskan cukai tetap akan dikenakan.

Boleh merujuk mana-mana kaunter perkhidmatan LHDNM yang berdekatan atau menghantar permohonan melalui Borang Maklum Balas Pelanggan di Portal Hasil beserta resit bayaran untuk tindakan selanjutnya.

Di lawati :
Kemaskini : :