Garis Masa Pelaksanaan e-Invois

e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar. Pertimbangan dan perancangan yang teliti telah dibuat dengan mengambil kira julat pendapatan atau jualan tahunan, bagi memastikan pembayar cukai mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menyediakan dan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan e-Invois.

Garis masa pelaksanaan e-Invois adalah seperti di bawah:

Sasaran Pembayar Cukai

Tarikh Pelaksanaan

Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta

1 Ogos 2024

Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta

1 Januari 2025

Semua pembayar cukai

1 Julai 2025