Gambaran Keseluruhan Model e-Invois

Untuk memudahkan peralihan kepada e-Invois, pembayar cukai boleh memilih mekanisme yang paling sesuai untuk menghantar e-Invois kepada LHDNM, berdasarkan keperluan perniagaan mereka dan keadaan tertentu.

Terdapat dua (2) pilihan mekanisme penghantaran e-invois yang boleh dipilih oleh pembayar cukai:

  1. Portal MyInvois
    • Portal yang dihoskan oleh LHDNM
    • Boleh diakses oleh semua pembayar cukai tanpa sebarang kos
    • Juga boleh diakses oleh pembayar cukai yang perlu mengeluarkan e-Invois ketika mana sambungan Application Programming Interface (API) tidak tersedia

  2. Application Programming Interface (API)
    • API adalah satu set kod pengaturcaraan yang membolehkan penghantaran data secara langsung antara sistem pembayar cukai dan Sistem MyInvois
    • Memerlukan pelaburan awal dalam teknologi dan pelarasan kepada sistem sedia ada
    • Sesuai untuk pembayar cukai besar atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang besar

Rajah di bawah menunjukkan gambaran keseluruhan aliran kerja pelaksanaan e-Invois. Ia bermula dari penyediaan e-Invois melalui Portal MyInvois atau API hingga ke proses penyimpanan dokumen e-Invois yang telah disahkan dalam pangkalan data LHDNM untuk pembayar cukai melihat sejarah e-Invoisnya.