Penutupan Sementara Perkhidmatan Bayaran Melalui Kad Kredit di ByrHASiL
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa LHDNM akan menghentikan penerimaan bayaran cukai menggunakan kad kredit di portal ByrHASiL bermula 1 Oktober 2022 sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Ianya disebabkan oleh pelaksanaan proses menaik taraf/penambahbaikan perkhidmatan di pihak bank. Pilihan lain bagi melakukan pembayaran cukai, pembayar cukai masih boleh melakukan bayaran melalui medium berikut;

1. Bayaran melalui medium FPX di ByrHASiL
2. Bayaran melalui portal Perbankan Internet pelbagai Bank Komersial yang dilantik oleh LHDNM
3. Kaunter bayaran Bank Komersial yang dilantik oleh LHDNM
4. Bayaran menggunakan kad kredit di Kaunter Pusat Bayaran Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan bayaran yang disediakan, pembayar cukai boleh merujuk laman web rasmi LHDNM menerusi;

- ‘Perkhidmatan’ < ‘Individu’ < ‘Kitaran Cukai Individu’ < ‘Bayaran’ atau;
- ‘Perkhidmatan’< ‘Syarikat’ < ‘Pembayaran Cukai Syarikat’ < ‘Kaedah Pembayaran’

Sebarang pertanyaan atau maklum balas berkaitan boleh dikemukakan kepada LHDNM melalui:

a. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b. HASiL Live Chat; dan
c. Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/