BORANG PEMBERITAHUAN PERTUKARAN ALAMAT – BORANG CP600B
Selaras dengan pindaan Akta Kewangan 2021, pembayar cukai hendaklah memaklumkan pertukaran alamat di Malaysia kepada HASiL dengan mengemukakan pemakluman melalui notis dalam borang yang ditetapkan (prescribed form) secara manual atau elektronik mulai 1 Januari 2022.

Sebagai konsesi, bagi tempoh 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022, borang boleh dihantar melalui serahan tangan, pos, e-mel, faksimile, Portal Maklum Balas Pelanggan atau dalam talian melalui aplikasi e-Kemaskini di https://ez.hasil.gov.my/ci.

Mulai 1 Julai 2022, pertukaran alamat melalui Borang Pemberitahuan Pertukaran Alamat (CP600B – 2/2022) sahaja akan diterima sama ada melalui serahan tangan atau pos atau dalam talian melalui e-Kemaskini.


e-Kemaskini
Borang Pemberitahuan Pertukaran Alamat (CP600B – 2/2022)